Masa orang tengah sibuk sibuk duk cakap pasal cerita Nur Kasih. Aku masa tu tengah sibuk dengan hal lain tapi aku tak nak jadi ketinggalan so pergi jugak la tengok cerita tu. Aku follow masa dram bersiri dia so teringin la kan nak tengok yang movie.Bagi aku cerita ni not bad. Cerita yang mampu memberi kesan yang mendalam untuk pencinta pencinta yang setia kat luar sana. Tapi aku rasa takde kot orang yang macam Nur dan Adam sekarang ni. Awal cerita agak slow tapi lama lama cerita dah bergerak dengan lancar.hehe. Ada unsur unsur 'kenapa? siapa? dan apa?' dalam cerita ni. Ending yang menyayat hati jugak. Kesian Nur.
Lepas tengok Nur Kasih, aku tengok Karak. Aku nak la tau ada apa dengan karak tu. Cerita ni pun not bad. Jalan cerita menarik. Permulaan cerita pun menarik dan ending yang tak dijangka jangka. Cerita KRU kan. mesti ada effect2 yang cantik. Hantu dia tunjuk direct je. Takde tunjuk samar samar. Untuk orang lemah macam aku. Hantu macam tu pun aku tutup muka. Takut. Tahniah KRU sebab berjaya buat aku kecut perut. Hehe. Tahniah Shahir,Kilafairy (betul ke eja namanya?) dan Shira Ayob sebab berjaya berlakon dengan jayanya.
Buat masa ni dua cerita tu je yang aku sempat tengok kat panggung. Ada lagi 1 cerita tapi tu aku tengok kat laptop je. Kawan aku bagi. Cerita Seru. Aku saran tak payah tengok cerita ni (maaf ye). Kenapa aku cakap tak payah tengok. Sebab aku rasa tak paham dengan cerita ni. Dah la pening kepala tengok kamera jalan tunggang langgang. Haiyo. Nak muntah aku tengok. Entah la. Tapi seriously aku memang tak minat cerita ni.Bukan nak kondem sangat tapi aku rasa ada ramai lagi orang kat luar tu akan cakap benda sama kot. Untuk pengarah cerita ni. Sila la buat cerita yang lebih mudah difahami. Sebab bagi aku ending cerita ni tergantung. Jalan cerita pun macam tak paham.Overall memang tak paham lah cerita ni.
p/s: Bagi siapa siapa yang belum tengok cerita ni.Pegi la tengok sebab aku rasa ada lagi kat wayang kecuali Seru tu.tettt. (perkataan rasa dibold kan sebab tak sure.g check sendiri eh)
Love;
Fyka.
hehe..yang paling sedih fatin tak dapat tegok dua2 cerita nie...haha
ReplyDelete