Hari ni dah masuk 10 hari aku memerap kat rumah. Gila bosan. Mati kutu dibuatnya. Nak buat macam mana kan. Aku nak kerja tapi ada orang tak bagi. Nak keluar pun fulus nya tak ada. Jadi duduk dirumah adalah perkara terbaik yang boleh aku buat sambil melakukan aktiviti aktiviti berfaedah.
Bangun pagi pukul 11 dan ke atas. Lepas tu menyiapkan diri dan mengemas bilik yang kecil molek tu.hihi. Bangun tidur mesti la perut menggelodak kan. Lapar! Tengok kat dapur, makanan dah ada. Apa lagi. Makan lah kenyang kenyang. Lepas makan naik atas tengok tv. Takpun online facebuk dan blog. Kalau ada idea, tulis blog. Kalau tak ada idea. Godek blog orang lain pulak sampai lebam. Dah bosan. Turun makan lagi untuk mengisi kekosongan yang ada. Hihi. Bila malam pun sama. Online sampai mata kuyu baru tidur. Tak pun tengok tv sampai abis siaran. hiks. Esok sambung aktiviti yang sama. Wah. Baguskan hidup macam ni. Tak payah pikir apa apa. ;)
p/s: Kekosongan idea.Nanti la update yang best best.
No comments:
Post a Comment