Thursday, July 28, 2011

Airmata Rindu

Entri geli geli mat..Kalau geli jangan baca.

Dua tiga hari ni badan penat semacam je. Bila badan penat otak aku ni cepat je melayang tah kemana mana. Jauh je pergi nya. Nasib masih dalam malaysia. Belum sampai London mahupun Paris. Ceh. Tempat nak orang putih je. Macam la pernah sampai sana kan nak feeling2 duduk sana pulak. Oke. Bila otak dah melayang ni macam macam la aku fikirkan. Benda yang paling aku tak suka nak ingat la yang akan datang time time macam ni. Mencik i tau! 

Tengah duduk2 kepala ni ayik terfikir kan perkara lalu. Tiba tiba jadi rindu kat orang orang yang tak sepatutnya. Haih.Kenapa la time2 ni nak main rindu2 pulak kan. Tak suka. Tak suka. Tak suka sebab tak nak ingat kenangan lalu. Kenangan yang masam manis sikit tu tak best la kalau ingat. Sakit kot. Tapi still teringat jugak. Lagi nak buang rindu tu lagi dia datang. Tambah2 pulak ada je benda yang buat aku ingat kan benda tu.Lagi la aku jadi bingung.Chewah!

Tapi semua rasa ni tersimpan dalam hati sorang sorang. Aku tak mampu nak luahkan kat siapa siapa. lagipun aku tak nak lukakan hati orang orang yang terdekat dengan aku sekarang. So memang aku simpan je rasa ni. Aku tak nak orang tahu rasa ni tapi kadang kadang rasa ni memaksa aku untuk mengalirkan airmata.


Actually aku bukan nak hapuskan perkara lalu. Sebab tak semua yang berlaku tu pahit. Ada manisnya. Bila ingat yang manis. Airmata gugur. Rasa rindu. Sweet je rasa. Airmata yang gugur pun airmata untuk sebuah senyuman. Ceh.nak senyum pun boleh gugur airmata. Orang jiwa halus memang macam ni. Bila ingat yang pahit pun airmata gugur. Tapi ini air mata kesakitan. Airmata kedukaan. Yang ni tak sweet oke. Aku benci menagis untuk perkara yang tak sepatutnya tapi dia mengalir dengan sendiri.:(

Rindu yang datang ni buat aku rasa macam nak balik pada masa yang lalu. Yang mana manis aku nak teruskan. Yang mana pahit aku nak ubah jadi manis. Aku nak semua nya jadi baik. Aku nak semua yang pahit jadi manis. Mana mana yang perlu aku tambah pada kekurangan diri akan aku tambah andai aku mampu kembali pada masa lalu. Tapi..Semua ni tak mungkin jadi. Dan aku tahu setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Pernah tak korang rasa apa yang aku rasa ni. Paham tak apa yang cuba aku sampai kan? Paham bagus la. Mungkin korang pernah alami apa yang aku tengah lalui. kalau tak paham takpe. Buat buat paham pun boleh. 




P.s: Sentiasa ingat bahawa orang yang diuji adalah orang yang disayangi DIA.;) 


No comments:

Post a Comment