Siapa budak uni atau kolej mesti ada rasa macam apa yang aku rasa. Kadang kadang bila kita tak ada, orang tercari cari. Pastu bila ada, orang tak kisah pun. Paham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Maksudnya masa tengah bergembira sambil melompat lompat kat Uni/Kolej korang (ini untuk siapa yang duduk luar ye,bukan duduk dengan family), tiba tiba dapat mesej atau call dari ibu bapa terchenta atau rakan rakan.
Soalan femes ibu bapa : Buat apa? Makan dah? Belajar macam mana? Sihat?
Soalan femes kawan: Ada mana? Lepak jom? Hujung minggu lepak #*&$
Ok fine. Soalan standard lah tu kan.Bila takde depan mata tu sibuk la semua nak tanya. Kalau boleh berak pun nak tanya.
Kalau duduk kat uni, memang la bosan nak belajar tapi seronok dapat ronggeng ronggeng. Weehuu. Kalau tak ronggeng pun, duk dalam bilik sehari suntuk pun tak bosan. Boleh tidur dengan nyenyak selama 24 jam. (ini tipu) Waktu berehat rehat dihujung minggu tak terbatas. cuma makan pakai la agak beterabur sikit tapi takpe still boleh maintain. Baju belum pernah tak basuh. Makan pun cukup je. Dari pagi sampai malam makan tak henti.Ok la kan. Tau la bila jauh tu rindu. So akan ada la soalan soalan basi yang selalu kita dengar kan.Ni ada soalan terhangat yang biasa kita dengar masa tengah duduk kat uni/kolej: Bila Nak Balik?
Tapi kan..kan..Bila balik rumah serius takde pulak soalan soalan cepumas ditanya. Kawan kawan pun tak nak pulak mesej/call ajak lepak. Eh bagusnya korang. Masa aku duk jauh kat ulu tu, hari hari nak tanya bila nak balik. Bila balik diri ibarat melukut ditepian gantang je. Sedih tau. Mana janji janji mu dulu?? Sumpah bosan kan bila dapat cuti lama lama macam aku ni. 3 bulan noks. Apa nak buat? Kerja? Kalau ada orang nak amik kau kerja takpe la. Ni takde. (alasan semata mata). Bila balik jugak, waktu tidur dan makan akan sedikit terganggu sebab kat rumah terbatas sikit la. Bangun pun tak boleh lewat sangat. Makan pun ikut sedap tekak je. Tapi cukup makan lagi. Sama macam kat hostel. Makan mesti cukup. Sebab tu badan dan macam anak gajah sikit.hihi. Dan ini pulak soalan susulan yang pasti akan ditanya selepas soalan bold diatas: Bila pergi uni/kolej balik?
Soalan ni akan berulang dan terus berulang. Sampai la kau habis belajar nanti. Dan ini pulak pesanan untuk orang yang suka tanya 2 soalan ni: Tak payah tanya la.Kalau ada tu maknanya dah balik la.Kalau takde pulak maknanya dah pergi semula la. Ha.Kan Senang. Tak payah buang air liur tanya banyak banyak kali. Sekali dua tanya takpe. Banyak banyak kali meluat ai tau! Dah macam artis kau tanya tanya tau. Ahaks! Ok. Bye!
P.s: Repekan halus diwaktu malam. Eh.Malu bertanya sesat jalan! ;)
No comments:
Post a Comment