Tuesday, July 12, 2011

Eh.Aku pun pernah jadi 'Kuli'

Ini kisah benar benar yang terjadi dalam hidup aku. Ayat memang nak mintak pelempang*

Mana Etika kau sebagai seorang pekerja? Konon konon masa mintak kerja kau lah orang paling beradap dan beretika dalam dunia kan. Bila orang dah ambik kau kerja.Kau buat taik pulak dengan customer. Hello! Kau ingat muka kau hensem sangat ke bang?? Aku bukan nak cakap pasal kehenseman atau kecantikan orang. Sebab tu luaran je. Yang penting tu hati kita tu. Tak payah nak tunjuk sangat la rasa marah kau tu kat depan depan customer. Kau pernah dengar word "customer always right" tak? Bukan nak tegakkan benang yang basah tapi memang itu salah kau.

Banyak dah kes aku kena dengan pekerja pekerja yang tak beretika ni. Biadap nye macam kau bajet kau bagus sangat. Bukan aku je pernah kena.Kawan kawan aku gak. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri la. Eh! Aku pun pernah jadi kuli tapi tak de nya aku buat taik dengan customer. Customer buat taik dengan aku ada la. Tapi mampu untuk senyum lagi walaupun panas dalam hati.

Satu kes yang terjadi kat aku:

Sedang aku jalan jalan disebuah pasar raya. Tiba tiba rasa nak pergi makan dekat satu restorant fastfood yang tak fofuler. Sampai je kat kaunter tu.Ingat nak order la sebab nak cepat. Sekali takde orang nak layan. Semua pekerja dia seronok nyeee bersembang sembang bagaikan kedai itu ayah mereka yang punya. Kat kaunter tu ada la dalam 6 7 org pekerja ye kawan kawan. Ok. Takpe. Sabar lagi. Mampu lagi aku tersenyum. Lepas tu salah sorang pekerja dia nampak aku pastu main singgung singgung siku pekerja #2. Pekerja #2 pun buat buat macam baru ternampak aku.

Pekerja #2: Ye cik,maafkan kami,kaunter offline la.Boleh tunggu?
Aku: Oh.Boleh2. (muka senyum lagi)

Lepas tu Pekerja #2 dan lain2 sembang sembang sambil gelak guling guling.Main tepuk tampar bahu antara lelaki dan perempuan juga.

Pekerja #3: Kak g jalan2 dulu la.
Aku: Takpe.Saya tunggu.

Lebih kurang 5 minit dtg pulak sorang lagi customer. Dan pekerja tu ckp benda yg sama.Pastu customer tu terus sound tanya tak boleh pakai manual ke. Aku pun mencelah la jugak.

Aku: Yela.Tak boleh pakai manual ke?
Pekerja #2: Tak boleh cik..

Lepastu mereka semua pun buat2 potpet cakap pasal macam mana nak buat manual? See? Kau tak diajar ke mcm mana nak buat manual kalau line offline? Haih. Aku tunggu dengan sabar lagi. Aku dtg dengan BH. Dia dah tak sabar lepas tu terus letak wallet dia kat tepi kaunter tu dan blah. Tiba tiba kan..Jeng..Jeng..Jeng.. Salah seorang pekerja dia (lelaki) cakap

"Macam siallllll ahhhh"

Aku pun macam terpinga pinga bila dia cakap macam tu. Dia cakap kat siapa? BH aku ke? Ke dia suka cakap macam tu? Omak aih! Sesedap hati kau je nak cakap mcm tu depan customer. Kau penat macam nak ma** pun. Takde siapa ajar kau nak cakap biadap macam tu depan depan customer. Kau dah menjatuhkan etika kau sebagai seorang pekerja yang sepatutnya layan customer dengan baik. At least kau senyum la. Tak nak senyum, kau jangan nak mencapap kat depan kaunter tu.Pegi duduk kat dapur.Tak pun berhenti je kerja. Tak belajar punya orang la tu cakap benda mcm tu. Itu sorang pekerja yang biadap macam tu. Yang kes duk sembang sembang depan customer siap main tampo tampo tu ape kes pulak? Tak tau hormat orang agaknya pekerja2 kat situ.

Haih. Ni la orang melayu. Tak tau nak respect sesama sendiri. Aku bukan nak kata bangsa lain bagus. Tapi atleast diorang tau jugak nak respect kita. Hey bang.Kau nasib baik tau sebab dapat customer yang lemah lembut baik hati macam aku. Masih tau beradap lagi. Aku panggil Manager kau bila customer dah tak ramai kat kedai kau kerja tu. Kalau aku ni jahat macam nenek kebayan. Aku dah baling air aku tu kat depan muke kau! Kalau kau dapat customer Cina ke India ke. Memang kau kena hambur kat depan depan orang ramai tu. Aku bagitau manager kau pasal perangai biadap kau tu sebab nak kau sedar diri.Harap dia tak buang kau la kan. Kalau buang bagus jugak. (Gila jahat aku) Sekurang kurang kau belajar macam mana nak hormatkan customer ye? Kalau tak reti pergi sekolah balik.

Ni baru satu kes yang aku cerita. Banyak je lagi yang jadi tapi kang kalau aku cerita. Dua muka surat pun tak cukup.Hehe.

Ok la. Pesanan untuk pekerja pekerja diluar sana "Jaga la etika anda semasa bekerja ye" Sekian Terima Kasih. Bye!

Gambar Sekadar Hiasan*


P.s:Agak agak kalau aku tenyeh cili boh kat mulut pekerja tu,lepas ni dia nak cakap mcm tu lagi tak?? Eh,kalau kau senyum kat aku. Aku mampu senyum sampai telinga untuk kau lah.Jangan Biadap sudah.

 

No comments:

Post a Comment