Tuesday, July 26, 2011

Maaf.Bukan Nak Tutup Tapi....

Sejak dua menjak ni rajin la jugak aku berblogwalking. Bukan apa.Sekadar nak menambah ilmu pengetahuan pasal dunia blog ni. Nak tgk cara blogger2 otai menulis. Dapat la belajar serba sedikit. Tengok tutorial sikit. Belajar serba sikit dari macam2 jenis blog. Seronok jugak. Sekurang kurangnya tak la buang masa macam tu aje. Ada jugak la dapat ilmu bila bukak blog2 yang berilmu kan.;) Sekarang ni semua nya senang. Hanya dengan jari jemari je kita boleh dapat info macam macam. Hanya dengan 1 klik pun kita dah boleh dapat info jugak. Jangan info yang tak berfaedah sudah la kan. Haih. Selalu nak buat intro mesti panjang lebar.haha.maaf la. Tak reti nak bagi intro pendek2 la.hihi.

Kalau dah nama pun blogwalking tu, maknanya kita terjah blog orang la kan. Kita mesti la bukak tengok blog orang. Tapi.........Kannn...Kannnn.. Bila kau bukak tiba tiba laptop kau jadi hang kau suka?? Haih.Sumpahm meluat nak tunggu laptop tu kembali jadi seperti sedia kala. Sempat pergi bilik 'temenung' jap sementara nak tunggu kan.Aku suka nak baca blog orang bila orang dah tinggal link. Tapi aku terpaksa la tutup terus bila dah jadi macam ni. Ada la beberapa faktor lagi yang akan buat aku tutup blog orang tu.Antaranya:

1. Widget berlambak.

Macam mana tak tutup.Bila bukak je.Macam macam widget keluar.Lambat satu hal. Dengan tak nampak tulisan lagi sebab widget2 tu semua dah tutup semua bicara manis menghiris kalbu korang tu. Bila nak tutup pun sampai tak jumpa button close.Haih.Semak la.Aku jadi confius tak tau nak tekan mana. Sebab aku ni memang malas nak scroll2 bawah.Aku suka tekan guna keyboard anak panah kebawah tu je.Bila nak tekan susah aku malas dah.So tutup aja la jalan paling senang.

Contoh Widget Pelik pelik.

2.Tulisan.

Omakhaih. Ini cukup penting ye kawan kawan adik adik kakak kakak semua. Tulisan tu kasi clear sikit plus gunakan warna yang sesuai dengan blackground korang. Dan jangan la guna tulisan pelik pelik yang bersambung sambung. Pastu siap berbelit belit mata aku nak baca ha.Adoiii.Teringin nak baca sebab entri menarik tapi tulisan tak menarik pun tak best jugak kan.

Contoh tulisan 'surat cinta'


3. Background.

Background pun penting jugak.Pilih la background yang simple tapi cantik. Ni kau letak background merah. Tulisan oren.Memang nampak sangat apa yang ditulis tu kan. Alahai..Ni bukan ujian rabun warna la. Lagi satu jangan la guna background yang terpaksa tunggu dia loading lama pastu baru keluar. Lambat naaa nak nunggu nye.

Contoh background + tulisan yang "sangat nampak"


4. Lagu 40jenis.

Tak salah nak letak lagu.Aku pun penggemar music jugak.Ada jugak bila aku bukak blog tu, lagu dia best dilayan tapi kalau kau dah letak sampai 40lagu dalam satu masa memang tak la. Dah jadi remix lagu melayu omputih arab semua tak syiok jugak kan. Best ke lagu siti remix dgn lagu j lo? haha. Letak satu lagu je k.Tak pun tak payah letak langsung sebab tak semua orang rajin macam aku nak pergi cari lagu korang pastu pause kan.Tu yang ada pause yang takde?? Terpaksa mute kan terus.

5. Snow/Bola Api.

Huwaaa.Ni aku tak tau la panggil apa. Pernah tak korang bukak blog pastu ada hujan turun rintik2? Paham tak maksud aku? Ala yang ada bola2 macam salji ke bola api ke yang turun turun tu dari atas blog korang. (payah betul nak explain) Tak suka. Tak suka. Mengganggu pemandangan tau tak. Susah aku nak tengok cerita apa yang korang tulis.Sebab menatang tu la. Jangan letak eh. Nanti aku tak leh baca. Kesian aku.

Contoh Bola Bola Api


6. Cara Penulisan.

Ni kira last but not least la.Cara penulisan korang tu penting la kalau nak bagi orang baca tu tulis la semengah sikit.Ni kalau tulis pun huruf besar kecik.besar kecik.Pastu tulis nak ade ekor ekor kat belakang tu. Geli pulak nak baca. Kalau umur kau  empat lima tahun takpela. Aku paham budak budak pelat. Tapi kalau 20 tahun tak kan pelat lagi??

Contoh ayat "best". Best kan?


Ni jelah yang aku nak cakap buat masa ni.Oh ye.Aku bukan nak cakap blog aku perfect sebab aku tau aku pun masih belajar macam blogger baru kat luar sana. Aku pun sama macam korang. Bermula dengan tak tahu apa apa kepada jadi lebih tahu. Tak susah pun nak belajar. Rajin rajin kan diri je k. Oke.Happy Reading. bye!

P.s:Gambar Sekadar Hiasan yang direka sebagai contoh.;)

4 comments:

  1. huhu...agk trasa..:( but it's ok. cer awk dtg ke blog sya. ok x mcm awk list kn 2. huu~

    ReplyDelete
  2. beeha pun x suke dgn ciri2 blog d atas...hehe..

    ReplyDelete
  3. missvivio: alaaa..jgn la terasa.ini secara general je.mana2 ada kekurangan kita sama2 betulkan k.;))

    ReplyDelete
  4. beeha: hee.tau tkpe kan.;)

    ReplyDelete