Thursday, August 11, 2011

Anak Perempuan Vs Anak Lelaki.


Perempuan Vs Lelaki.
Dari dulu lagi aku selalu terdengar kata2 yang anak perempuan selalunya sering menjadi perhatian. Anak perempuan jugak anak yang sering dimanjakan. Pernah tak korang dengar kata2 yang kadang2 buat kita sebagai anak perempuan terasa tercabar dengan kata2 dusta itu Ramai jugak yang memperlekehkan anak perempuan .Cis.Pantang betul aku. Ada juga aku baca yang orang2 tertentu ni menunjukkan kelebihan diri sendiri sebagai anak lelaki yang kononnya anak perempuan ni tak punya kelebihan seperti mereka. Hey.Hey.Hey. Kau salah ye. Tak selalunya anak perempuan tu tak bagus dan anak lelaki pulak lebih bagus. Salah sangkaan tu.

Bagi aku anak perempuan memang ada kelebihan nya tersendiri. Dan tak semestinya kalau kita anak perempuan, kita tak hebat. Tak semestinya jugak kalau kita anak perempuan kita jadi kesayangan keluarga. Oh.Tidak.Tidak.

Dari pengalaman aku. Aku rasa sama je aku dilayan sebagai anak perempuan. Tak ada rasa lebih mana2 pun. Lagi penat ada la jadi anak perempuan ni sebab semua pun kita nak buat. Contohnya, macam sekarang ni bulan puasa, masa berbuka, ada ke anak lelaki yang hidang makanan? Jarang kot, Mesti anak perempuan jugak kan. So dari sini mana datang nya kelebihan kau sebagai anak perempuan? Tak ada kan? Ini baru satu contoh.

Dari pengalaman aku jugak, macam aku cakap aku seorang je anak perempuan dalam keluarga aku. Dan aku tak pernah dapat apa2 kelebihan. Aku rasa anak sulung mungkin diberi sedikit kelebihan sebab mereka kan abang2 dan kakak2. Macam aku, aku punya abang. jadi aku rasa macam dia lagi mendapat kelebihan tu. Hmm.Ntah la.Perasaan aku mungkin.

Dalam satu keluarga, adik beradik, memang macam-macam ragam dan perangai kan. Contoh yang paling mudah aku ambil ialah diri aku sendiri. Adik beradik aku hanya tiga orang. Aku saja sorang perempuan. Aku sendiri pernah dimarahi percuma dari mak aku.Abang aku jugak selalu je menengking aku. Tak ada apa yang istimewa pun jadi anak perempuan. Bagi aku sama saja.Tetap kena marah. Tetap disuruh buat itu ini. Tak pernah jadi "Princess" pun. Perihal rumah dan bilik tidur pun aku disuruh uruskan. Nampak tak betapa sama nya anak perempuan. Tak ada istilah "tak payah buat" untuk anak perempuan.

Gambar Hiasan: Omak dah marah.

Kalau nak cerita tentang anak perempuan tak pandai berdikari, aku lah manusia pertama yang akan menyangkal kata2 tu sebab aku memang dah lama hidup berdikari berbanding abang dan adik aku. Mereka masih dibawah ketiak mak bapak aku sedangkan aku duduk nun jauh tercampak di arau sana. Setahun boleh kira berapa kali aku balik. Mana kelebihan yang orang sering sebut2 tu? Aku jugak belajar hidup susah sebab aku jugak tak pandai nak menyusahkan mak bapak aku. Aku tak pandai nak meminta itu ini. Kalau dapat aku ambik.Kalau tak dapat. Aku diam. 

Soal aku anak tunggal perempuan memang orang selalu akan cakap "oh sorang je perempuan patut laaa..." Apa yang "patut laaa..." tu? Tak ada beza lah.Aku pun sama macam anak2 yang lain. Apa aku dapat, adik beradik aku jugak dapat. Tapi belum tentu apa yang mereka dapat aku akan dapat. Paham tak? Mungkin la ada sikit sikap manja dalam diri aku sebab aku perempuan tapi bukan sebab aku sorang je anak perempuan ok. 
 
So bagi aku tak timbul isu kau ni anak perempuan ke anak lelaki je. Sama je. Tak baik beza2 kan. Sebab semua anak sama dimata mak bapak.;) Hee.Panjang pulak aku membebel. Ini sekadar pendapat aku je. Kalau korang rasa apa aku cakap tak betul terpulang la. Ada akal fikir sendiri. :)

Sekian.Bye!

P.s: Kalau ada adik perempuan kan best!

2 comments:

  1. sokong2. xkisah la anak pompuan ke laki jnji pandai berdikari, jage diri, dan jage maruah keluarge. itu paling penting. :D

    Tak Senonoh Kat Bazar.

    ReplyDelete
  2. Salam dear. tq for this entry but sbnrnya saya cari mengenai layanan yg berbeza dari ibu bapa pada anak perempuan & lelaki. Ingin dikongsi di sini, ada ibu yg terlalu agung dan takut pd anak perempuan dan anak lelaki di anggap hero utk pegang sgl tggjwb di rumah dan sbgnya. Pun bila marah, anak lelaki je kena marah teruk bila buat salah & anak perempuan klu buat salah... mcm2 lagi dibagi itu ini dia nak. haa.. apa2 pun mrk (ibu bapa) msih sgt penyayang. mcm mana dgn perasaan anak perempuan itu & perasaan anak lelaki itu.... aaa mcm mana tu. Hrp dpt jawapan samaada siapa yg salah & kat mana harus diperbaiki atau sbg anak kena sabar.. tq .

    ReplyDelete