Thursday, February 9, 2012

Tempat Pilihan Cuti-Cuti Malaysia

Disebabkan tengah dalam mood cuti ni,so dalam kepala ni asyik la terpikir pasal tempat-tempat bercuti yang aku teringin sangat sangat nak pergi. Tak de la teringin nak pergi paris ke london ke. Sebab rasanya Mlaysia ni pun aku tak habis jelajah lagi. Tak semua tempat aku pernah pergi. Kalau pernah pergi pun,mungkin masa kecik kecik dulu.Masa kecik,mana ada feel kan. masa tu apa pun tak tau.Kalau mak kau tunjuk itu ini pun,tah apa pun belum tau agaknya kan.

1.Cameron Highland


Seriously teringin sangat nak pergi sini. Tau tak,walaupun dah bernafas selama 23tahun,tapi sekali pun aku tak pernah lagi jejak kaki aku kat sini. Kesian kan.Hehe. Orang cakap sini sejuk la,damai la,seronok dapat makan strawberry fresh la. So aku sebagai manusia mesti la teringin nak pergi sini jugak kan. Aku rasa ramai orang dah pernah pergi sini. So bila orang tanya aku, aku macam malu nak cakap yang aku tak pernah pergi.HIHI.

2. Pulau Pangkor

 

Selain cameron,aku teringin nak pergi pangkor jugak.Pernah planning nak pergi sini tapi tak menjadi sebab masa tu cuaca tak izinkan. Sedih jugak sebab memang teringin sangat. Rasa nya aku tak pernah jugak jejak kaki kat sini.HIHI. Orang cakap sini best dan cantik. Aku tak la suka pantai sangat tapi ada masa,memang la syok kalu dapat tenangkan fikiran kat pulau kan.:) Pusing pusing pulau naik motor. Memang feeling habis. ;p

3. Pulau Pinang

  

Walaupun dah berkali-kali pergi sini. Tapi pulau pinang tetap menjadi pujaan hatiku. Disebabkan aku belajar kat perlis, so nak turun penang ni memang senang la. 2 jam dah boleh sampai. Kadang kadang tu,bila bosan,aku sanggup pergi sini sebab nak release tension. Duduk lepak tepi pantai. Best. Seronok jalan jalan kat sini. Sikit pun tak pernah bosan walaupun dah banyak kali jejakkan kaki kat sini. Dulu selalu sesat tapi sekarang dah terror jugak la jalan dalam pulau ni.Penang rock!

4. Pulau Perhentian


Satu lagi pulau yang aku teringin nak pergi. Sini pun tak pergi lagi. Kata nya sini cantik sangat. Tapi kena ada bajet yang lebih sikit. Sebab orang kata sini mahal sikit. Tak tau la apa yang mahal kan. Tak pernah pergi so mana nak tau kan. Kalau nak tau,kena pergi dulu baru boleh cerita lebih. Walaupun tak suka mandi laut,tapi teringin la jugak nak cuba snorkeling. HIHI. Saja nak mencuba kan.

So far tu jela yang telintas kat kepala aku ni. Nanti kot kot ade terpikir lagi,aku update. Kekorang ade suggestion mana mana tempat yang best kat malaysia ni.Malaysia yek kawan kawan. Luar negara aku hold dulu. HIHI. Bagi habis malaysia dulu baru kita jelajah luar negara ok. Babai.:)

5 comments:

  1. Dalam banyak2 list tu Pulau Perhentian je saya belum pernah pergi -___-

    ReplyDelete
  2. paling nak pergi Pulau Perhentian !!! seriousss...semua tmpat cantik2. hehe

    ReplyDelete
  3. Its been a while aku tak bercuti..dah lama sgt rasanya

    ReplyDelete