Tuesday, August 16, 2011

Aku Tak Kuat

Ya Tuhan,
Kalau benar kau ingin tunjukkan aku jalan.
Tunjukkan aku jalan kebenaran.
Kalau benar kau ingin berikan aku petunjuk.
Tunjukkan aku jalan yang mendapat keredhaan mu.

Ya Tuhan,
Aku sebagai hambamu, tidak kuat dengan dugaan ini.
Berilah kekuatan kepada ku supaya aku terus tabah.
Aku sebagai hambamu, lemah dalam menghadapi dugaan ini.
Berilah aku sedikit rasa untuk aku terus sabar.

Ya Tuhan,
Seandainya telah tetulis bahawa ini takdirku,
Aku menerima takdir-mu dengan hati yang terbuka.
Andai ini dugaan berat bagiku,
Aku redha dengan dugaan-mu.


Ya Tuhan,
Pelihara lah aku dari kekecewaan ini.
Jauhi lah aku dari rasa kekosongan ini.
Hindari lah aku dari permasaalahan ini.




P.s: Tiga hari tanpa entri untuk menenangkan hati.Fizikal aku kuat tapi hati aku lemah.;(

No comments:

Post a Comment