Thursday, October 13, 2011

Aku tak nak kau lah...

Sejak balik arau ni, aku ingat nak la bahagia macam dulu. Tapi ada je halangan. Benda ni buat aku rasa stress. Dan sikit sebanyak memberi impak pada pembelajaran aku. (cis,ayat macam mintak pelempang) So,aku nak mintak pendapat korang sikit la.Apa korang nak buat kalau korang kena ganggu/ugut/gertak dengan ex korang? Plus ex korang tu physco dan kaki pukul. Dah macam2 cara aku buat nak bagi dia berambus dari hidup aku tapi 1 cara pun tak berkesan.

1. Tinggalkan dia.
- Ini langkah pertama yang aku buat. selepas dah tak tahan dengan perangai dia yang macam harrrr tu. Aku wat keputusan nak blah pada hidup dia buat selamanya. Jangan kata muka dia, lubang hidung dia pun aku tak ingin nak pandang. Tapi masalah nya,lagi aku lari,lagi dia kejar.

2. Larikan diri dan menyorok.
- Lepas dah break, aku larikan diri pulak. Aku tak contact dia. Aku tak reply msg dia. Aku tak angkat phone call dia. Aku ignore dia gila2. Tapi dia seorang yang tak putus asa. terus mencari dan gali sampai jumpa aku.

3. Tukar no phone.
- Langkah seterusnya, aku jadi bijak sikit dengan menukar no phone aku. Dua bulan aku bahagia tanpa gangguan dia tapi dia usaha sampai berjaya dapatkan balik no phone aku. Macam mana dia dapat aku tak tau.

4. Cakap ada boyfriend.
- Lepas dia dapat balik no aku, aku pun cakap kat dia yang aku ni ada boyfriend dah. Siap bg gambar lagi. Tapi masalah nya,dia ni jenis yang tak percaya. Selagi aku tak kawen,kata nya,aku bukan milik siapa2. Waklu!

5. Ugut dia balik.
- Langkah terakhir yang aku baru je buat. Aku ugut dia balik. Tapi aku tak tau cara ni berkesan ke tak. Sebab aku pun dah tak tau nak buat macam mana lagi nak bagi dia blah pada hidup aku selamanya.


Aku memang dah penat dengan kata ugut,maki,hina dia kat aku. Aku dah tak larat nak bergaduh dengan dia tiap2 hari. Kalau korang jadi aku pun,aku rasa korang boleh gila sebab roomate aku pun dah naik gila sama sebab kalau ex aku tu xdapat cari aku,dia akan cari kawan pailing rapat ngan aku tu. Gila punya orang. Aku nak cakap menyesal kenal dengan dia pun tak guna sebab benda dah jadi. So, aku cuma perlu kan solution untuk masalah ni. Please help me.!! Sebab dia sanggup buat ape je untuk hancurkan hidup aku;

1. Ganggu hidup aku 24/7
-Call dan terus call sampai aku layan dia macam yang dia nak.Mesej dan paksa aku reply.

2. Ugut/maki/hina
- Konon2 nak call mak aku bgtau mak aku yang aku ni anak tak guna. Siap nak cakap yang aku ni menyusahkan makbapak aku je. Siap hina family aku. Maki aku becupak2.

3. Sanggup godek facebook aku
- Dia sanggup godek fb aku dengan kawan2 aku sebab nak tau pasal aku. nak tau daily routine aku. Nak tau aku g mana dengan siapa bagai. Sanggup upah spy kot. Dasyat!

Macam2 la dia buat.Tak larat aku nak senarai satu2. Memang aku letih sangat nak bedepan dengan semua ni. Huwaaa,tolong lah berambus dari hidup aku cepat2 supaya aku boleh bahagia macam orang lain.:(


P.s: Sebulan dua kena takpe, tapi dah setahun lebih macam ni mana tahan.;(


1 comment:

  1. fyka..kalau saya. saya buat report polis. dan tunjuk semua message maki tu kat polis. seriously. report polis terus. jangan bg dia ganggu hidup awak. tak selamat nk g mane2 nnti.

    ReplyDelete