Yeay3.Akhirnya dapat jugak update seperti biasa selepas bertarung dengan peperiksaan akhir selama hampir 1 bulan.Semuanya dah selesai. Tunggu keputusannya je nanti.Harap2 keputusan sama dengan usaha yg dibuat la.Memang letak harapan yang tinggi sem ni. Hee.
Gambar ihsan en google.
Okay.Nak cerita pasal baucer 1 malaysia yg kerajaan bagi kat semua student ipt kat seluruh melesia ni.Baik kan hati kerajaan nak bg baucer rm200.hehe. Rm200? Macam2 boleh beli kan? Tapi kerajaan bagi untuk kegunaan belajar.Boleh beli buku,alat tulis,kamus,kalkulator dan ape semua yang berkaitan belajar la. Majalah? Tak boleh kot.Entah.Semua tu depend dekat kedai buku yg terima baucer tu.
Macam dekat kedai buku BORDERS, aku pergi,dia terima baucer tu untuk beli apa jenis buku pun kecuali alat tulis.Novel pun boleh.Wee.Kepala otak aku terus macam "wah NOVELLLL???" Kalau rm200 boleh dapat dalam 8 ke 9 buah novel. Hambik kau,orang suruh beli buku belajar.Novel pulak aku pikir kan.ahaks. Tapi kira okay la,atleast novel tu boleh jugak aku baca. Tambah jugak pengetahuan aku dalam bab2 penulisan ni.hehe.
Tapi kalau macam dekat POPULAR,dia bagi beli stationary dengan buku.Novel? NO WAY! Tak tau kenapa. Mungkin sebab novel bukan dalam kategori buku untuk belajar kot.So,kena cari kedai buku yg semua pun boleh la.Senang sikit.Lepas ni nak try usha MPH dengan KINOKUNIYA pulak.:)
Tapi kan..Ada dengar tak pasal orang yang salah guna baucer ni? Jangan tak tau. Ada orang2 yang menggunakan baucer ni dengan cara yang salah.Ada ke dia pergi jual baucer tu kat pihak ketiga dan pihak ketiga ni pulak mengambil keuntungan.Haih.Kerajaan dah bagi free.Kau pergi jual pulak kan.
Ini kisah benar. Kat tempat aku ni,satu kedai buku tu,dia terima baucer yang rm200 tu dengan harga rm150.Student2 yang kurang bijak tu pun,pergi la jual kat taukeh kedai tu.Memang taukeh tu pandai sebab dia beli baucer tu dengan harga rm150 tapi dia boleh redeem dekat bank rm200.See? Satu kepala berapa dia untung? Rm50 kau.Memang pandai la taukeh tu. Yang bodohnye budak2 yang jual baucer tu la.Baik la kau beli buku dari kau jual dan beli benda entah apa2. Dapat jugak ilmu.Ni jual pastu tah apa2 je beli. Tuhan bagi otak untuk guna,taknak pulak digunakan nya. Tu la manusia kan. Tak fikir sebelum buat.
Kalau dah jual tu.Rasa rasa nya student tu nak ke beli buku? Tak kot. Sebab kalau dah dia niat nak beli buku,buat apa pulak dia nak jual baucer tu kan. So mesti la,dia jual dengan niat nak guna duit tu untuk beli benda lain. Ntah la.Aku tak nak komen banyak2 pasal ni. Cuma bagi aku,tak patut student buat macam tu. So,kawan2 semua.Selamat menggunakan baucer anda dengan sebaik2nya ok.;) Jangan salah guna. Jangan jual baucer anda. Babai.Jumpa Lagi.
tp yg sy dengar siap ada yg taknak voucher tudia jual online pd org lain. bg sy, hargai lah pemberian orang yg nak menyenangkan kita ni. kenapa nk gila duit sgt ? kan org bg voucher tu untuk beli buku dan kemudahan study.
ReplyDelete