Assalamualaikum.
Lama betul tak update. Walaupun dah settle urusan urusan lama dulu tapi still tak berupdate. Tak tau kenapa malas sangat sekarang ni.
Entri kali ni nak cerita pengalaman bercuti bersama geng gegurl iolss pergi Sabah negeri dibawah bayu. Actually plan nak pergi sabah ni setahun yang lepas. Ambik kau. Lama gila plan kan. Nak tiket murah punya pasal. Terpaksa la beli awal. Tu yang jadi setahun plan nya. Kitorang plan cuti ni untuk rileks2 sambil melawat negeri orang. First time nak bercuti sama-sama. Jadi eksited nya lain macam sikit. 2 bulan sebelum pergi. Hari-hari buat countdown. Lepas tu meeting je tak terkira berapa kali. Asyik nak jumpa meeting je . Hiks.
27 Ogos. Sehari sebelum pergi Sabah. Aku dengan 6 orang lagi kawan aku ( Juju, Yam, Faten, Rara, Daya, Kia) berkumpul dekat rumah Yam untuk check semua barang-barang yang kena bawak pergi sana. Malam tu aku dengan Kia tidur rumah Yam. Yang lain tidur rumah masing-masing. Kitorang dua ni jauh sikit. Terpaksa la tidur rumah Yam untuk senang pergi KL Sentral esok pagi nya. Pagi 28 Ogos tu, Kitorang naik 2 kereta pergi KL Sentral. Awal gila bertolak. Pukul 5.30 pg dah sampai KL Sentral. Naik bas pergi LCCT. Pukul 6.30 pg dah sampai. Tunggu flight pukul 10 pg. Check in lepas tu masukkan beg. Nasib baik cukup 70kg tu untuk 7 orang.
Kemain happy memasing.
Busy check bag.
10.15 pg. Jadi berangkat lah kami ke negeri di bawah bayu. Sampai airport Kota Kinabalu pukul 12.45 tghari kalau tak silap. Sampai sana tunggu la orang yang nak ambil kami tu. Sempat lunch dulu dekat KFC. Sejam kot tunggu baru la sampai kereta yang ambil kitorang tu dan terus pergi apartment yang kitorang sewa untuk 4 hari 3 malam punya percutian ni. Kitorang sewa Marina Court Apartment dekat Kota Kinabalu. Dekat je rupanya airport dengan apartment kitorang. Dalam 20 minit je perjalanan. Sampai je masing-masing still gila gambar. Kat bawah apartment pun nak ambil gambar.
Ni dalam flight sebelum gerak.
Beratur dekat imigresen sabah untuk ambil pass.
Airport Kota Kinabalu
Nampak ke ke'happy'an kami?
Sampai je dalam apartment. Masing-masing berebut bilik. Hikhik. Bukan berebut gaduh beriya tau. Gaduh manja je. Sebab tu kitorang boleh stick sampai sekarang. Sebab kami saling memahami. :) Lepas penat gaduh berebut, akhirnya decide yang bilik master room duduk 3 orang. Lain 2 bilik duduk dua orang satu bilik. Master room tu aku, yam dengan juju duduk. Bilik tengah dayah dengan kia. Bilik belakang rara dengan faten. Settle letak barang dalam bilik masing-masing. Kitorang rehat dan solat dulu. Lepas tu pukul 4.30 petang baru keluar. Pergi pasar Philipine. Sebelum pergi Sabah, kitorang memang dah decide untuk masak je kat sana. Sebab orang kata seafood kat sana murah gila. So kitorang memang nak masak je. Tak mau makan luar. Makan luar pun kalau tak sempat je. Ada masa, memang masak sebab kitorang tak jejalah satu sabah pun. Pergi dekat-dekat je. Nak pergi semua tempat memang tak sempat la 4 hari tu. So tu yang petang tu kitorang pergi pasar untuk beli barang basah. Lama jalan kat pasar tu. Seronok tengok seafood dijual murah-murah.
Ketam dengan udang. Semua murah-murah.
Balik dari pasar tu dah maghrib. Sana kan maghrib awal. Rasa pelik jugak mula-mula tapi ok la lepas tu. Heee.. Pukul 6 dah start nak gelap. Balik je terus siang apa yang patut. Pastu start masak. Tapi yang balik masa tu, aku yam dengan juju je. Yang lain tak balik lagi. Pergi jalan cari barang kering sikit. Pukul 8 settle semua acara masak memasak. Menu malam tu ayam masak ala paprik, telur dadar, sambal tempe ikan bilis dengan sayur campur. Simple tapi sedap bila makan ramai-ramai. Woooo. Macam satu keluarga bahagia je. Sembang-sembang sampai pukul 10 kot.
One happy family at home. :) Hiks!
Settle kemas semua barang kitorang lepak dalam bilik. Mula-mula lepak kat bilik besar pastu tukar masuk bilik tengah pulak. Sembang punya sembang tiba-tiba ada satu surprise untuk aku. Wuuuuu. Terkejut sampai meleleh air mata. Terharu sangat dengan surprise diorang ni. Thanks korang. Sangat hargai. Mula-mula ingat korang memang tak nak ingat birthday aku. Yela birthday aku kan semalam. Semua buat senyap je. WIsh tidak, cakap apa pun tidak. Sedih jugak masa tu tapi tak pikir sangat sebab eksited nak pergi holiday kan. Rupanya saja lettew nak buat surprise kat Sabah. Bak kata Juju, 'Jauh kitorang buat surprise kat ko pit, jauh nun disabah dekat tingkat 10 lagi tu'. Hehe. Memang tekujut gila. Apa pun. Aku nak ucap thank you very much my dear gegurl for the surprise. Sumpah happy plus terharu weh. Sampai sekarang kalau teringat, mesti rasa terharu. Sobssobs.
This cake make me cry. Wuwuwu.. -_-
Gegurl who make me cry that night.
Birthday gurl.
Perempuan yang terharu sebab disurprise macam ni.
We celebrate birthday together. :)
Yam: 24 June, Juju: 31 July, Dayah: 6 Aug and Me: 27 Aug.
I swear i love u my gurl.
Lepas habis sedih-sedih sikit, makan-makan kek lepas tu terus sambung sembang balik. Hehe. Rasa nak sekeh sorang-sorang. Rupanya yang lain tu pergi beli kek masa aku juju dengan yam balik awal untuk masak tu. Patut la korang balik lambat. Tapi kesian korang kan. Meredah hujan sambil berusaha melindungi kek dari basah. Respect la kat korang. Muahmuah. Lebiu korang!
Malam tu tak tidur awal pun. Walaupun ada yang dah lemau. Tapi sempat lagi kitorang main UNO. Main siap buat rules lagi. Siapa kalah yang last, kena masak untuk breakfast esok. Yang second and third last jadi pembantu tukang masak. Haha. Beriya la semua main nak menang sebab tak nak bangun pagi untuk masak. Gila kau nak kena bangun pukul 4 pagi. Sebab pukul 5.30 dah kena siap turun bawah tunggu kereta untuk pergi melawat satu Kota Kinabalu. Yang paling best, birthday gurl menang dulu. Memang goyang kaki la kan. Lama gila main. Dekat sejam kot dan akhirnya Juju kalah. Terpaksa la dia bersama kuncu-kuncu masak. Decide nak masak nasi goreng sebab nasi dinner yang td ada lagi. Plus buat sandwich sardine untuk buat bekal kot kot lapar masa dalam kereta. Tapi aku tolong jugak diorang masak. Aku tolong masak kan sardin je. Kitorang masak malam tu jugak. Tak jadi masak pagi esok sebab takut tak terjaga awal.
Akhirnya pukul 1pg, semua dah selamat layan mimpi masing-masing. Tinggal aku dengan yam je sembang-sembang kejap sebelum dua-dua selamat jugak. Pagi tu, pukul 4.30 semua dah kena bangun. Gila mengantuk kena bangun awal. Tapi bangun jugak la sebab takut tak sempat tengok gunung kinabalu punya view. Fuhh. Panjang dah taip ni. Tunggu sambung next entri la untuk part kitorang jalan pergi gunung kinabalu.
hapy weekend to sabah..selamat bercuti..dari sabahan blogger..
ReplyDelete