Thursday, March 6, 2014

Rindu Dolu-Dolu.

Assalamualaikum. 

Rasa rindu nak berblog macam dulu-dulu. Dah lama tak menulis keluarkan apa segala idea yang ada. Nak sangat menulis macam dulu balik. Tapi masa selalu tak izinkan. Kadang-kadang tu bila ada idea banyak bagai mencurah-curah ke ladang gandum tu, masa pulak tak mengizinkan. Kalau bukan masa pun, ada la benda-benda lain yang menghalang. Kalau dah ada masa, idea pulak tak mahu keluar. Adoi. Payoh. Payoh.

Kalau la diberi peluang menghadap depan laptop selalu lepas tu idea pulak banyak, memang nak je taip segala benda. Tapi takde pulak masa macam ni. Nak-nak bila dah kerja ni. Lagi la limited time tu. Ni pun sekadar curi-curi masa. Hihi. Bukan mengular. Sambil buat report sambil menaip. Heh.Heh.Heh. 

Dah lama tak menulis rasa macam dah tak reti nak taip panjang-panjang, Ni pun gagah la taip. Tapi macam takde isi je. Tak baca pun takpe post ni. (Erk? Tapi ada orang baca ke?) 

Eh. Sebenarnya nak cakap pasal rindu. Rindu apa? Rindu kat macam-macam perkara lepas. Zaman belajar dulu. Zaman bergejimba dengan kawan-kawan. Zaman meluangkan masa dengan orang-orang tersayang. Zaman bersama susah senang dengan kawan-kawan, orang tersinte. Zaman turun naik. Segala macam zaman la. Rindu sangat. 

Kalau la boleh putar masa balik. Nak sangat kembali kat masa tu. Sekarang ni mampu kenang balik je semua tu. Nasib baik la zaman sekarang ni dah semakin canggih. Senang nak contact. Whatsapp ada. Wechat ada. Dalam whatsapp tu ada banyak group. Group kawan-kawan sekolah, group Bsac Uitm, group budak-budak rumah sewa, group lab, yang paling latest group budak-budak pra pilah. havoc gila whatsapp tu. berbunyi tak henti. Hilang sikit rasa rindu kat dorang bila dapat kenang balik cerita-cerita lama.

Nanti la kalau ada masa nanti ingat nak tulis balik kenangan kenangan lama. Yang mana mampu aku ingat aku nak karang balik dalam blog ni. Mana tau. Nanti dah tua boleh bagi anak cucu baca. Hihi. Harap nya ada la masa nak tulis tu. Amin. Amin.

Ok.Bye!


No comments:

Post a Comment