Showing posts with label Perempuan. Show all posts
Showing posts with label Perempuan. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Perempuan Dan Dotdotdot #2 (Kasut)

Sebelum ni ada buat entri pasal Perempuan dan Dotdotdot kat entri INI. Hari ni nak cerita pasal perempuan dan dotdotdot lagi. Kalau dulu cerita pasal handbag kali ni kita cerita pasal kasut pulak. Kasut ni sama jugak macam bag tangan. Perempuan kalau dah ada bag tangan warna merah mesti nak ada kasut warna merah jugak. Biar matching gituwww.  Memang tak sah kalau tak sama.

Kasut zaman sekarang ni macam2 fesyen nya. Yang flat la, yang heels la, wedges nya pulak. Macam2 la kan. Kalau tengok memang naik gila. Siapa yang gila kasut memang kalau boleh semua style dia nak beli. Tak cukup duit,hutang pun takpe.Ops.Hutang kad kredit ye. Mana tak nya, zaman dah maju, nak cari kasut tak payah nak susah2 pergi sogo ke jusco ke.Boleh online saja. Pilih2 mana berkenan dan terus bank in duit. esok lusa sampai la kasut tu depan rumah.;)



Kalau bag selalunya perempuan2 ni simpan dalam rumah sebab kalau simpan merata2 kang orang rompak pulak bag tu kan. Walaupun dalam tu cuma ada doploh sen je. Tapi jarang orang simpan bag merata2. Tapi kalau kasut confirm kau boleh tengok ada kat mana. Antaranya:

1. Rak Kasut/Almari. Yang ni confirm2 la kan. Tak kan letak kat rak pinggan pulak.


2. Dalam Kereta. Yang ni jenis nak senang. Naik kereta boleh pilih mana nak. Boleh main tukar2 jugak.

3. Dalam rumah. Ini yang jenis sayang kasut. Lepas pakai simpan elok2 dalam rumah. Takut orang curik kot.Siap letak dalam kotak balik.


4. Berterabur depan rumah. Yang ni jenis tak kisah. Kasut campak je merata lepas pakai.


Ok.Perempuan2 semua kategori yang mana? Hee. Aku yang no 2 tu. Senang. Agak2 kaki sakit pakai kasut A, tukar kasut B pulak. ;) Ok.Bye!

P.s: Gambar semua ihsan dari pakcik google.


Friday, June 17, 2011

Perempuan Dan Dotdotdot #1 (Handbag)

Perempuan dan bag tangan memang tak boleh dipisah kan. Kalau kita jalan pergi mana mana, cuba tengok perempuan. Mesti bawak bag tangan punya. Tak kisah la besar ke kecik ke mesti ada je tesepit kat celah ketiak tu kan. Kalau seorang perempuan tak ada handbag, bukan perempuan namanya. Sorang mesti ada satu punya. Eh,satu mana cukup.Kurang kurang tiga empat baru style. Nak style lagi beli sampai penuh 1 bilik.

Situasi 1*

Budak 1: Eh, mak awak ada berapa handbag ha?
Budak 2: Mak kita ada lapan je.Banyak kan.
Budak 2: Eleh..Apa barang lapan. Mak kitaada seploh tau! (siap buat muka bangga)

Tetttt..
  
Ni baru sikit.Ada banyak lagi tu.;p

Sekarang ni macam macam jenis handbag yang ada kat pasaran. Besar kecik semua ada. Style pulak macam macam. Warna tak payah cerita la. Warna pelangi pun ado.hiks.  Kalau tengok sekarang ni handbag harga RM10 pun ada. Tak caya g cari sendiri.Hee. Dari semurah murah harga sampai la semahal mahal harga. Yang mahal tu mesti yang berjenama kan. Yang murah murah tu jenama siam jela.

Ok.Habis cerita pasal handbag. Sekarang nak cerita apa ada dalam handbag. Kalau dah bawak bag tu besar gajah. Tak kan la dalam tu tin kosong pulak kan. Mesti ada macam macam. Kalau dah nama pun perempuan. Make up wajib ado dengan bedak nya, lipstik, eyeshadow dll. Sikat.Cermin.Kalau yang jenis meleleh leleh hidung tu.Kain kecik pun ado. Tak pun tisu. Perfume lagi.Kang jalan jalan,badan bau masyam. Senang,bukak bag doremon tu,amek dan Shreettt.Lagi apa? Ok.yang bawak kereta ke moto ke, kunci lagi nak sumbat dalam bag tu. Maka bag itu haruslah besar ye. Kalau bag kecik. Letak purse je dah penuh 1 bag. Mau tak nya. Purse pun nak sama besar dengan handbag. Oh ye. Benda electronik wajib ado adalah handphone. Kalau yang jenis suka dengar lagu. MP3 pun ado. Kalau boleh tv pun nak letak jugak.haha.

Situasi 2*

Minah: Senah.Besarnya bag kau.Bawak apa?
Senah: Semua pun ado.
Minah: Tisu ada?
Senah: Ada.
Minah: Losyen ada?
Senah: Ada.
Minah: Yang ni mesti kau takde. Penyepit kuku?
Senah: Ado!

Tett..


Macam macam ado.


Ha.Itu la perempuan kan.Aku pun perempuan jugak.Sebab tu aku tau. hiks. Tapi barang wajib ado dalam handbag aku tak banyak. Aku cuma bawak Bedak compact, Lip balm, Losyen, Sikat dengan tisu. Lain lain barang tu aku bawak jugak kadang kadang. Tapi tengok tempat la. Tak kan pergi kenduri kawen charger phone pun kau nak bawak. Tak Logik kak oi. Tunggu apa lagi.Pergi masuk bilik check handbag masing masing. Buang la mana mana yang tak perlu tu. Resit resit yang dah bekurun tu pun sila la buang. Kot ada plastik gula gula ke. Kang tengah godek godek nak amek phone,ter amek lipas pulak.hiks. Akhir sekali.Selamat membersihkan handbag anda.;)


*situasi itu rekaan semata mata.;)

p/s: Sumber gambar dari incik google.