Ha..update yang lewat lagi.aku memang bukan seorang calon blogger yang tegar.maaf la. student macam aku ni mana la ak ada masa sangat. (ececeh..alasan je tu kan) hmm..actualy aku hanya akan menulis bila aku rasa aku memang nak sangat menulis. bila tangan ni dah gatal2 nak menulis gitu..
Ok.kali ni aku nak cerita sikit pasal ke'homesick'kan aku ni..masuk hari ni genap la 2 bulan 5 hari aku meninggalkan rumah ku syurga ku.huhu. so aku sangat sangat la homesick sekarang ni.sumpah aku rindu nak balik rumah.dapat duduk sehari dua pun jadi la.tapi aku taw susah.aku tak ada masa nak balik pun. tengok gaya macam lepas final baru balik.uwaaaa.lambat lagi kot. abes final tengah bulan 5.maknanya lebih kurang 2 bulan lagi.haiyo! sangat la lama ok.
Itu la.masa cuti mid sem haritu tak nak pulak gedik gatal nak balik kan. konon2 nak rindu lama2 sangat la.hambik kau.balasan.tak nak balik sangat kan..hmm.. bukan tak na balik tp kena fikir baik buruk nya.macam aku penah cakap kat entri lepas.aku akan memerlukan duit yang banyak untuk balik.so?? itu lah sebab nya kenapa aku tak nak balik.
Tipu la aku cakap aku tak rindu umi abah adik abang aku. even kadang2 aku rasa macam bila jauh tu lagi best tp sometimes aku sangat la rindu mereka. walaupun kadang2 ada benda yang buat aku tak suka tapi aku tetap ingat dan sayang.eh jap jap.sila jangan salah tafsir maksud 'tak suka' tu ye.bukan tak suka yang benci tu tapi tak suka bila kadang2 tu aku dikongkong dan diperhatikan.rimas jugak. tapi itu la family kan.sapa lagi nak protect kita kalau bukan family.so aku redha je.
Huwaaa..aku rindu gila2 punya ni.rindu nak tidur kat atas katil yang empuk kat bilik purple aku tu.rindu dengan anak anak kecil teddy bear aku.nak peluk2 masa tidur walaupun aku sudah punya teddy yang besar disini.nak makan masakan yang umi masak.nak masak2 dengan umi.buat dessert bagai. nak tengok tv sama2.makan sama2 walaupun kadang2 je dapat makan bersama.nak jalan2 shoping dengan umi.aku taw umi mesti tunggu aku balik sbb nak ajak aku jalan dengan dia.selalu nya memang aku la akan jadi 'driver' dia bila aku balik. yela kan.tak selalu aku balik.so bila aku ada.nak la dia kuar dengan aku.cuma aku je yang susah.bila jauh ingat bila dekat gaduh.aku memang selalu gaduh dengan umi.gaduh kecik2 je tapi menangis beriya je.hehe..bila ingat semua ni, sumpah sedih.tp aku tak tau na luah kat sapa.hmm.ini lah masalah besar aku.;( aku sangat mudah mengalir air mata.aku susah nak luah benda yang aku rasa.tak taw la.haih..
Owh ye.semalam aku menangis bila cal abah.kenapa? sebab tiba2 aku rasa macam sangat rindu dia.sumpah aku tak tahan sangat.mungkin sebab aku jarang berbicara dengan dia kot. so bila dia nak flight pergi buat benda baik.aku jadi sangat sensitif.orang tak kan faham apa yang aku rasa..takpe.biar aku sendiri yang mengerti apa rasa hati.aku kan memang minah air mata.minah meleleh.cakap la apa pun.aku tak kesah.dah aku memang macam ni..
p/s: Buat abah yang jauh, semoga abah selamat pergi dan balik.doakan anak mu disini. buat umi yang jauh jua, semoga umi tak sedih bila abah tak ada.hehe. Jaga diri dan semoga kita sekeluarga selamat dan sihat sejahtera dan dipanjangkan umur juga.;) Adik disini sangat merindui kalian disana..;(
Ala ala tulis surat pulak kan.hehe.emosi tersentuh pulak.OK lah.sampai sini dulu entri biasa biasa untuk kali ni.ada masa aku tulis lagi.ok.babai..
Love;
Fyka
No comments:
Post a Comment