Pergi mana mana pun orang duk sok sek sok sek pasal AF kan. Tahu tak apekebenda nya tu? AF stand for Akademi Fantasia. Rasanya orang yang ada astro mesti la tau kan. Siapa yang tak tau tu memang ketinggalan zaman sungguh. Bukan menghina tapi cuma berkata benar. Hehe. Sepanjang 9 tahun,AF berjaya mencuri hati penonton kat Melesia ni. Program realiti pertama yang namanya melonjak lonjak naik. Hebat kan penangan AF ni sampai buat orang demam.
Tapi biasa la. Mula mula tu sambutan biasa biasa masa AF 1 sebab orang baru nak kenal kenal. Masuk AF 2, AF 3 dah start naik dah. Rasa nya meletup sangat masa AF 3 kot sebab ada Abang Mawi kita tu. Dulu dia famous habis la. Semua orang duk sebut sebut pasal dia. Kontroversi siot bila keluar kes putus tunang dia tu dengan Ina. huuhuu. Tapi sekarang nama dia dah kurang sikit. Biasa lah peredaran masa kan. Tu 6 tahun yang lepas. Sekarang dia dah kawen dah pun. Eh.Cerita pasal mawi banyak sangat pulak.
Ok. AF 1 Juara yang aku rasa tak patut jadi juara. Si Vince 'semua adalah pemenang,tiada pengalah' tu. Entah. Mungkin ada orang syok sangat kat dia. Tapi bagi aku dia tak layak pun untuk jadi juara. Baik bagi Khai walaupun lagu 'dambaan pilu' je lagu yang dia nyanyi. (yang aku tau la). Tapi dah orang minat kan.Nak buat macam mana. Dapat la si Vince tu Juara AF1. Lepas tu AF 2 kemenangan berpihak pada Zahid. Yeehaa. Aku minat dia ni. Bagi aku dia layak jadi juara. Best. Cuma sikit tak puas hati bila Linda dapat naib juara. Sangat tak layak. Farah Breep Breep lagi layak. Tapi dah nama pun memang undi kan. Nak buat macam mana.
Fenomena AF 3 paling hebat. Tambah tambah bila Mawi jadi juara. Memang pecah stadium la masa tu. Aku ni boleh dikatakan minat jugak kat dia ni. Lantak la apa orang nak kata.huhu. Tapi tak la fanatik sangat. Suka gitu gitu je pun. Masuk AF 4, aku rasa nama AF still naik cuma tak boleh nak lawan fenomena AF3 kot. Juara AF4 Faizal Senyum Sokmo. No komen. Sebab suara dia boleh tahan je. Nak ulas banyak banyak pasal AF4 ni aku dah tak berapa nak ingat siapa yang masuk final. Sambung pulak dengan AF 5 yang julung kalinya juara perempuan.Mila. Suara? Boleh la.Boleh nyanyi. Pun tak ingat siapa yang masuk final. Juara perempuan yang kedua jatuh pada musim yang ke 6.Stacy. Dia ni nak kata hebat nyanyi. Tak jugak sebab dia ok pada tarian aku rasa. Tapi boleh la.
Lepas AF 6, aku tak berapa nak follow sangat AF7, AF8 dan paling terbaru AF9 lagi la aku tak berapa nak follow. Tapi aku tau la siapa juara juara untuk 2 musim ni. Juara musim ke 7 Hafiz.Si awan nano. Dia ni suara sedap.Lagu best. Aku suka. Juara AF8 pulak siapa lagi kalau bukan si kekasih hati RCW kita tu.Shahir. Suara dia ni pun aku suka. Muka pun ada. So ok la kan. Sekarang semua orang tertunggu tunggu siapa juara AF9 iaitu juara terakhir untuk AF. Agak agaknya siapa la kan antara Hazama, Fina,Azri atau Lena? Kita tunggu dan lihat malam ni oke?
Lepas ni nak buat Maharaja AF pulak ke sebab Maharaja Lawak dah ada. Biar kita tengok siapa jadi juara antara juara atau juara antara top 3 mungkin. Baru betul betul best kan. Ok. Tunggu apa lagi. AFUNDI pelajar kesayangan anda sekarang sebab aku memang tak main undi undi ni. Tengok boleh la.Tapi untuk perabis duit tu tak la. Tak suka pelajar AF yang bajet bajet K____ tuh.Tettt..Ok.Bye!
p/s: Ni semua pendapat aku je.Aku tulis berdasarkan apa yang aku tau.Kalau salah sorry yek.;)
Love;
Fyka
No comments:
Post a Comment