Saturday, June 11, 2011

Kantoi. Tupai Bukan Pandai Lompat Sangat.

Dulu dulu bila orang buat peribahasa tu. Maknanya betul la benda tu. Macam peribahasa "Sepandai pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh ke Tanah Juga". Memang betul pun. Tak selalu bila tupai lompat kena dahan pokok. Kadang kadang tu jatuh jugak. Sama la macam manusia. Sehebat mana pun penipuan dia. Akhirnya terbongkar jugak. Tuhan tu kan Maha Adil. Pusing la kot mana pun. Bila  DIA nak tunjuk kebenaran tu memang akan nampak. Live lagi.

Tapi manusia kan.Manusia mana yang tak pernah buat silap? Manusia mana yang pernah lari dari masalah? Termasuk lah aku sendiri. Sekecil kecil mana pun, salah tetap salah. Mungkin kadang kadang kita tak sedar yang kita ni buat silap. Kalau kita sedar pun, tapi perasaan memberontak sebagai remaja yang meningkat dewasa masih ada dalam diri. Ada ke orang nak mengaku salah silap sendiri? Mungkin ada tapi tak ramai. Kalau bagi 1000 orang, 100 orang pun tak sampai nak mengaku kan. inilah fitrah dan lumrah hidup manusia. Bila dah buat silap memang la rasa bersalah tu sampai mati akan ada selagi tak mintak maaf. Tapi ego manusia mana boleh lari. Tak semua orang sanggup letak ego dekat tahap paling bawah. Kalau ada pun dengan orang orang tertentu. Family mungkin?

Bila salah yang kita buat tu besar. Memang kita takut. Memang hati dupdap macam nak pecah. Buat apa semua tak kena. Makan pun tak ingat dah. Ni kalau aku la. Kalau orang lain tu tak tau la macam mana. Tapi sebagai seorang perempuan yang  berhati halus (ini benar) aku cepat sikit meleleh. Maknanya aku cepat terasa hati untuk benda benda yang kecik. So bila ada benda besar yang jadi. Memang lagi halus mulus la.

Susah nak dapat kepercayaan orang kat kita. Bila orang dah percaya tapi kita pulak hancurkan rasa tu. Apa yang boleh aku cakap, 'gud bye; jelah. Hei,ingat senang ke orang nak percaya bila dah kena tipu bulat bulat pulak tu. Tak payah harap tinggi tinggi dah lepas ni sebab memang tak dapat nya kepercayaan tu balik. 100% tak dapat. So moral of the story: Jangan lompat kalau tak pandai lompat. Sebab nanti jatuh. Sakit! Sakit sikit sikit tak ape. Ni sakit berdarah. Siapa susah? Diri sendiri jugak.

p/s: Lompat sekali berjaya. Dua kali berjaya. Tiga Empat Lima Berjaya lagi. Kali ke enam masuk longkat busuk. Tak best lah!

Love;
Fyka

2 comments:

  1. yer..fiqah memg macam tu..ingt lagi kengn NST3..bnyak jga adegan air mata (=

    ReplyDelete
  2. to FL:tau xpe.rindu NST3 la.

    ReplyDelete