Kalau tengok tajuk.mesti orang ingat ini adalah satu percutian yang sangat bajet.tapi bajet tak berapa nak bajet sangat lah kan.
Ok.ceritanya begini. rancangan untuk percutian kali ni dah lama dah.dekat 2 ke 3 bulan kot rancang. masa rancang tu memang calculate habis la.nak bajet punya pasal kan.tapi biasa la.apa yang dirancang tak semua jadi.yang jadi pun hanya sikit sikit je.tu pun nasib nak pergi bercuti tu jadi.kalu tak.wat penat je kira rancang apa semua.
Masa yang ditunggu tunggu telah tiba selepas sekian lama jugak la mengikat menahan dan mengawal hawa nafsu yang meluap luap kan..hehehe.maksudnya disini 'menyimpan duit'. ingat senang ke untuk seorang student merancang percutian ha? susah tau. lebih susah bila taknak susahkan makbapak. macam ni la jadiya. tapi last last susahkan jugak bila tak cukup.
28-30 Mei 2011. Tarikh percutian aku bersama 3 lagi kawan yang sangat best ke LANGKAWI pulau yang "HOT". Perghhhh.panas gile kot kat sana. memang masak la telur kalau letak atas kepala.ha.nampak tak betapa panasnya.sepanas panas arau.panas lagi langkawi. tapi tu la.nak bercuti.terima aje la kan even sakit kepala pun sanggup jalan lagi.kaki bergoyang penat pun boleh daki segala mak nenek gunung tangga semua. hebat kan? ni la penanga bercuti. badan letih macam mana pun. bangun pagi still boleh.kalau kat rumah? ada nak bangun pukul 7 pagi? memang tak la kan. So far semua nya berjalan lancar kat sana. semua ok. tapi ada la beberapa hal yang tak ok. Antaranya:
Kena TIPU dengan AGEN2 yang sememang nya cekik darah plus memberi perkhidatan yang tak memuaskan. salah satunya harga Island Hopping yang sepatutnya RM25-RM30 tu. dia bagi RM35.sangat kurang hajar ye disitu. Offer hotel yang entah hape2. tapi tu la. bila dengar agen ni.orang mesti yakin kan. tapi lepas ni memang tak la aku nak percaya kat agen agen penipu tu.huh!
Harga makanan serta beberapa barang yang mahal tahap dewa untuk student yang berbajet macam kami ni. letak harga tak nak ingat pulak kan dorang ni. bukan nak marah sangat tapi agak agak la nak mencekik orang pun. ni bukan cekik je macam letak parang kat kepala lagi bak kata seorang kawan. ayam cenonet tet pun RM4 seketul.baik aku makan KFC.
Hotel Langkah Tuah yang macam Harrrrr ammm tu. haih. tak penah aku jumpa hotel yng toilet bau tahik.gila bapak ah kan.siapa tahan? dah siap letak pewangi dua tambah dengan penyembur lagi pun bau tak hilang.memang dah macam menternak tahik la hotel tu.tutup hidung pun bau lagi. memang tak boleh bagi bintang walaupun setengah.haktuihh boleh la bagi.
Ok.ni jela yang aku rasa tak puas hati.yang lain lain tu ok la jugak.walaupun ada cacat cela nya kan. ok.kiranya aku boleh bagi 4 bintang untuk percutian kali ni lepas tolak tambah semua benda yang kureng tu kan.ada pulak bintang nya kan. huhu.. Lepas ni boleh la pergi bercuti lagi. sebab semua nya ok walaupun ikat perut.;)
Duit habis:
1. Feri pergi balik - RM36
2. Kereta sewa + minyak - RM35 + RM15
3. Hotel - RM35
4. Island Hopping - RM35
5. Cabel Car - RM15
6. Makam Mahsuri - RM 5
7. Lain Lain dan Shopping - RM224
Total = Rm 400
p/s : Lepas ni ada orang rancang nak pergi bandung la.kita tunggu dan lihat ok.=)
No comments:
Post a Comment