Sayu.sayu rasa hati ini.sayu dan kadang seperti tiada rasa.mana pergi rasa itu? entah.aku sendiri tidak tahu.kosong.aku rasa kosong.kenapa ya? adakah kerana masa yang akan mendatang dan suasana yang meninggalkan aku? entah. seperti manusia yang tiada apa apa bila rasa ini ada. mana pergi rasa bahagia?rasa gembira? bukan kah aku seorang yang ceria? ceria dalam erti kata gembira bila ada yang menemani.tapi bila tiada siapa disisi.aku seperti tin kosong yang tiada bunyi.pelik kan bunyinya? masakan tin kosong itu tidak berbunyi.ahh.. persetankan semua itu. hmmm..
Kisah aku bukan seperti kisah orang orang sekeliling.bukan juga seperti kisah kisah orang lain.mahupun kamu kamu semua. kisah aku sedikit pelik.kisah yang mungkin tiada siapa memahami.tiada yang ingin bersama menyelami hati ini.susah untuk aku katakan. kisah ini rumit. kalau exam itu rumit.rumit lagi kisah hidup aku.hidup dalam kepura puraan memang memenatkan. hidup terpaksa menyorok di balik batu yang besar lagaknya.terhimpit dan tersepit. siapa yang mahukan hidup begitu? tapi aku terpaksa.terpaksa korbankan satu rasa untuk mengecapi rasa yang lain.aku tahu.mungkin kamu kamu semua tidak paham apa yang aku maksudkan.tak apa.biar hati ini sendiri yang faham.
Oh ye.juga kisah 'hati' aku. hati? tak siapa tahu apa yang ada dalam hati. aku terpaksa berbohong pada hati juga kadang kalanya. kesian kan? bukan apa.aku tidak mahu orang tahu. mungkin ada yang tahu tapi hanya diamkan saja.bagus lah.sebab aku pun tak suka soal hati dipersoalkan.bicara tentang hati belum masanya lagi. jangan siapa tanya aku siapa dihati. kerna yang tahu hanya pemilik hati.
Ermmm.apa yang aku repek kan kali ni agak pelik mungkin.tapi ini sekadar luahan hati seorang yang agak menggemari penulisan.tapi aku yakin.apa yang sedang aku rasa ini ada hikmah disebaliknya. semoga pintu hati ini terbuka dan sentiasa terbuka.Terangi hati ini ya tuhan ku.;)
Love;
Fyka
No comments:
Post a Comment