Rasa macam lama dah tak update pasal cerita hari harian. Sibuk blogwalking je sekarang ni. Nak menaip sendiri tu malas. hihi.Rajin jawab soalan cabaran je. Ok.Kali ni nak cerita sikit la pasal cerita "Sekali Lagi" lakonan Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan Mia Sara Nasuha yang comel.
Actually bukan nak review sangat lah sebab aku tak reti sangat pun nak review bagai. Setakat cerita ciput ciput gitu reti ler. Cerita ni best jugak la. Aku ni kalau cerita melayu kureng la sikit nak tengok kat wayang nun.Rasa membazir je. Tapi dah ada orang mengajak.Pergi jela kan. Kan orang kata tak menghargai pulak. Ok.Berbalik kepada cerita sekali lagi. Cerita ni mampu jugak buat kita sentap sentap tarik baju gitu. Sedih noks.
Cerita ni ada part yang lawak jugak. Walaupun lawak lawak budus gitu. Tapi ok la.Aku tersenyum jugak tengok. Part yang comel comel pun ada jugak. Suka tengok mia dalam cerita ni. Comel je bila dia nak lastik orang yang nak rompak Aman (SS). Part yang Amy (Mia) cakap kat mak dia(Lisa) 'Dia tu badan je besar tapi tak cerdik'. comel je. Yang makan makan aiskrem tu. Wah. Semua comel la. Gila kat Mia Sara japs.ahaks!
Part sengal sengal ubi pun ada dalam cerita ni. Cam kelakar jugak masa si aman main tumbuk tumbuk tu. Masa dia panggil Sheila 'aunty' tu agak sengal yer.hikhik.Eh. Banyak la part part best jugak dalam cerita ni. Nak tau lanjut tengok sendiri la.Kalau dah tengok syabas sebab anda menyokong industri seni kita.hihi.:)
"Kalau ada jodoh kita jumpa lagi"-Mia Sara a.k.a Amy-
Bye!
No comments:
Post a Comment