Keseorangan di rumah rasa sunyi pulak. Lama dah tak kena tinggal macam ni.Sejak pulang dari uni. Belum pernah lagi aku duk rumah ni sorang sorang. Rasa sikit serem sejuk tu ada la kan.huhu. Setakat kejap kejap tak ada orang tu biasa la.Ni kena tinggal 3 hari. Memang mati kutu la aku dibuatnya. Tapi nasib baik la hari ni dapat jugak keluar rumah pergi jumpa BuahHati. Jumpa lama jugak.
Bangun pagi hari ni sebab mak pak kejut bagitau mereka nak pergi. Lepas babai babai dan dapat pesanan panjang lebar dari ibunda tecinta terus sambung tidur balik. Sedar sedar dah pukul 11.30 a.m. Omaik aih. Terus le bangun pergi mandi dan siap kan kerja rumah.Semua kerja rumah dah jatuh kat bahu aku selama tiga hari. Sebelum ni bangun pagi jer semua dah siap.Jadi anak raja kauuu...kelas gitu.ahaks.
Lepas siap semua cepat cepat msj BH (BuahHati) tanya nak keluar tak. Dia tak tau pun mak pak tak ada. Sangat hampa bila dia balas msj cakap tak mau. Huwaa. Pujuk pujuk.Goda goda sikit,Pastu dapat green light. Yeay! Boleh keluar. Tak pergi jauh pun sebab jalan pergi KL semua tutup.Apa Bersih tu punya hal la. Takpe.Pergi dekat dekat pun ok. As long as i can spent my time with u my dup dap.
Hari ni rumah bawak buah tangan untuk BH. Sempat buat tart chocolate custard untuk dia. Tah dia suka ke tak tak tau la. Takpe.Janji dah buatkan. Keluar dalam pukul 2.30 camtu lepas settle semua hal. Pergi ambil BH kat rumah.Macam biasa dia bawak adik tesinte dia la. Sebelum pergi jauh, pergi lunch dulu. Makna nasi ayam. Tapi BH makan nasi itik.Itik? Euuww.Memang tak la nak makan.
Kitorang pergi jalan jalan dekat WWM. Sampai sana je terus pergi main game. Seronok! Lepas tu main boling. Main dua game. First game BH menang. Secong game aku menang. Adik dia kalah. hehe.Maaf yer. Tetibe akak kau terer kali ni. Dapat point 125 siot. Bangga japs*. haha. Masa main bet siapa kalah belanja tutti frutti. Kelakar je time tu.Adik beradik dengki cakap siapa menang yang kena belanja. Cis! Tapi tak jadi sebab macam semua tak de nafsu nak makan kat situ.
Habis main pergi lepak lepak kat food court. Minum minum je. Lepas tu balik. Pegi beli barang jap dekat danau kota. Pastu lepak lagi. Minum petang konon nya. Siap makan roti bakar lagi. Lepas tu pergi lepak lagi dekat kafe on the run dekat rumah BH. Makan sosej ngan aiskrem. hihi. So conclusion nya. Hari ni banyak lepak dan makan lah.;)
Balik rumah dekat pukul 9 dah kot rasanya. Sebelum tu sempat pergi tapau mcD. hihi.Bekalan untuk waktu malam seorang diri.Ok. habis dah cerita hari ini.Kalau rajin nak update macam ni hari hari la. Tapi takut orang boring je baca. Takpe lah. Macam ada 1000 orang nak baca kan.haha.
Mood: Rajin.:)
Bye!
p.s: Gian nak main boling la.;)
No comments:
Post a Comment