Thursday, August 4, 2011

Ops! Dah Termakan Babeee.

Uwaaaa..Sumpah tak sengaja. Bukan niat nak makan babee. Tapi orang yang buat menatang ni yang letak DNA babee. Nampak sangat aku tak prihatin untuk benda2 macam ni. Selalu aku memilih sangat bab2 nak makan ni. Sekali benda remeh macam ni boleh pulak aku terlepas pandang. 

Tapi...Aku rasa bukan aku sorang je yang dah termakan babee ni. Ramai je lagi. Tambah2 pulak yang duduk area2 dekat perlis ngan kedah tu. Tempat lain aku tak tau. Tapi bila baca paper dia cakap sekarang kat bazar2 KL dah ada.Mungkin lah kot kan. 

Semalam baca paper terang terang dah tulis yang sosej tu mengandungi DNA babee. Masa baca tu rasa nak termuntah. Kau bayangkan la berapa banyak yang aku dah makan? Mana tak nya, benda ni famous amous dekat arau nun. Kat sana dia panggil "lokchin". Entah apa kejadah maksud dia pun aku tak tau. Entah2 maksud dia "babeesedap". Haktuih! Menyesal2. Tapi nak menyesal pun tak guna sebab dah makan. Apa yang boleh aku buat ialah beristighfar banyak2.hmm..

Lokchin "kegemaran" ramai.
Siap ada kuah2 kau.

Dalam paper tulis chicken cake je yang ada DNA tu. Memang ayam tu fav aku tapi yang kat perlis tu jual macam2 perisa ada. Daging,udang,ketam dan macam2 lagi. Tak tau semua pun ada DNA tu atau yang ayam saja. Lepas ni aku makan nak kena hati2 sikit. Tak nak dah makan benda yang ada babee ni. Jadi darah daging kot. Tapi aku ada baca 1 artikel dari 1 blog ni dia cakap: 


" Apabila kita termakan benda yang haram, jika makanan masih di dalam mulut, hendaklah diluahkan segera. Adapun jika makanan telah masuk ke dalam perut, apatahlagi jika telah mendarah-daging, tidak ada yang dapat kita lakukan melainkan memohon ampun dan beristighfar kepada Allah.

Perbuatan dosa yang kita lakukan kerana terlupa, tidak tahu atau dipaksa dimaafkan oleh Syarak. Sabda Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam-; "Sesungguhnya Allah menggugurkan dari umatku (dosa yang mereka lakukan kerana) tersalah, terlupa dan yang dipaksa ke atas mereka" (HR Ibnu Majah dari Ibnu 'Abbas -radhiyallahu 'anhu-). "

Credit to-Ustaz Ahmad Adnan

Kesimpulannya,aku tak bersalah sebab aku tak tahu. Sekarang dah tahu tak nak tengok pun menatang tu. Ciss. Benci kau LOKCHIN! Kau ada DNA babeee.

Info lanjut boleh baca MetroRabu dan MetroKhamis.

Ok.Bye.

P.s: Tak nak pergi koleperlis lagi.Nanti nampak lokchin.benciiii.

2 comments: