Monday, August 1, 2011

Ramadhan #1

Hari ni puasa yang pertama. Alhamdulillah dapat berpuasa bersama2 dengan kalian semua (bagi siapa yang puasa la kan). Pagi tadi kan agak liat nak bangun untuk bersahur tapi selepas dikejut tiga kali baru dapat celikkan mata. Siapa je pun rajin bangun pagi2 untuk makan kan. Mak2 je yang sanggup bangun untuk sediakan makanan sahur untuk suami dan anak2. 

Macam tahun2 yang sebelum ni jugak, bangun sahur je, makanan dah terhidang atas meja. Tunggu untuk disuap dalam mulut je. Dan hari ni kami bersahur dengan udang masak merah dengan ayam goreng. Makanan fav, maka macam biasa jugak la, aku jela orang yang paling berselera makan. huhu. Selera anak gajah memang macam ni. Tambah nasik 2 kali kau. Memang selera sungguh. Nak habiskan lauk je sebenarnya. Sayang pulak biarkan lauk tak habis. Penat umi masak. Eceh.Alasan kah?


Gambar sekadar hiasan. Saja nak bagi panas time2 lapar macam ni.;))

Lepas je sahur dan mengerjakan apa yang wajib,mata ni liat pulak nak tidur balik.Mana tak nya.Aku mandi kot lepas sahur tu. Konon2 senang nak pergi kerja nanti tak lambat kalau terbangun lewat. Tapi memang aku tak lewat g kerja pun. Bangun pukul 7.15 pun sempat lagi siap sebab dah mandi. Eksperimen berjaya. Esok boleh buat lagi. Sebab lepas mandi aku tidur tak nyenyak sangat. tidur2 ayam gitu.

Ok la.Nak sambung kerja yang tergendala. Buat entri ni sebab mata mengantuk ya amat. Kalau ada lidi nak je aku selit kat mata ni.Ahaks.Ok.Bye!

Gambar Hiasan.


P.s: Hari ni nak pergi bazar ramadan.Gupp..Gupp..

No comments:

Post a Comment