Monday, September 24, 2012

Makin Berusia.

Sedar tak sedar. Dah semakin besar aku rupanya. Cepat masa berlalu. Makin hari, makin pantas jam memutarkan jarumnya. Disebabkan waktu yang pantas berlalu tu,aku jadi tak sedar yang dah 23 tahun umur aku. Hari lahir aku baru lepas sebulan yang lalu. Tak sempat nak update apa yg terjadi masa hari tu. Kesibukan membuatkan aku lupa pada janji yang lalu bahawa aku akan selalu update blog ini. Tapi janji tinggal janji. Seperti janji melayu. Auchh. Sendiri ketuk sendiri terasa.

Mula nya,tak ada apa yang istimewa pun masa hari lahir aku tu. Sekadar mendapat ucapan hari lahir dari rakan facebook dan juga beberapa mesej dari kawan kawan juga. Tapi yang aku paling gembira bila dapat panggilan dari orang tersayang mengucapkan selamat hari lahir. Umi. Tersentuh hati bila umi cakap sorry sebab tak dapat potong kek sama sama. Takpe,nanti kita potong kek tahun depan oke.

Tapi tanpa aku sedar. Aku diberi kejutan kecil dari dua orang kawan baik aku di U. Comel je mereka. Buat drama bagai. Tapi sweet je bila korang duduk dalam gelap sambil nyanyi lagu happy birthday. Seriusly rasa nak menangis masa tu. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa tu. Apa pun,terima kasih sangat wahai sahabat.:) Terima kasih untuk hadiah yang sweet tu jugak. Akan disimpan sebagai tanda perahabatan kita selamanya.

Setiap tahun,akan ada dua perasaan. Satu, tak sabar nak tunggu 27 Ogos sebab nak rasa nikmatnya bila hari ni dapat ucapan dari orang orang tersayang. Rasa BAHAGIA.:) Dua, kalau boleh tak nak masa berlalu,sebab nak biar tarikh tu kekal lepas tu umur tak meningkat.hihi. Verangan lebih. Tapi masa masa yang berlalu tu la yang buat aku jadi lebih matang. Lebih berfikiran positif. Lebih berusaha.

Disebabkan perubahan waktu ni, aku berubah dari sehari ke sehari. Berubah untuk jadi lebih baik dari sebelum ni. InsyaAllah. Aku sedang berusaha menjadi seorang anak yang baik dan berjasa kepada kedua orang tua aku. Berusaha menjadi hamba Dia  yang lebih taat. Berusaha untuk menjadi seorang kawan yang berguna kepada kawan kawan. Dan berusaha menjadi seorang perempuan yang dipandang baik oleh masyarakat. InsyaAllah.Amin.

Akhir kata.Terima kasih pada semua yang sentiasa memberi sokongan dan kata kata semangat buat aku. Juga terima kasih atas doa dan ucapan ucapan indah kalian buat aku. Hanya ucapan terima kasih aku mampu beri. Aku tak akan pernah lupa jasa kalian semua. :)

2 comments:

  1. baca ni pon dah tau situasi masa ni mcmna... happy belated besday buat awk.. (sy wish dalam gelap ni.. eheh)

    ReplyDelete