Monday, November 5, 2012

Semua Tentang Baju.

Assalamualaikum.

Hari tu masa balik cuti selepas 2 bulan meninggalkan bilik yang sangat dirindui tu, rasa macam "Eh kenapa banyak sangat baju dalam almari ni eh.." Eceiii.. Sendiri punya almari boleh buat buat terkezut pulak kan. Actually,aku memang gila shopping. Pantang nampak baju mesti nak beli. Boleh kata kalau keluar jalan jalan,nampak baju ke seluar ke, mesti nak beli. Tu kalau tengah masyuk la. Kalau tengah sengkek, kadang kadang beli jugak. Buat buat pejam mata je masa keluarkan duit tu. Huhu. Perangai yang tak berubah ubah dari dulu. Macam mana tah nak tahan diri ni dari shoping. Kalau tak keluar pun, sekarang gila shoping online. Pantang nampak baju cantik terus rasa macam 'Eh,nak beli la' Aduhh. Tak boleh jadi ni.

So,bila dipandang dan dibelek belek almari tu. Rasa macam banyak sangat baju. Banyakkkkkk! Ada yang tak pernah pakai pun. Nak pakai sekarang tapi ada certain tu macam dah tak boleh. Yela kan, now dah berhijab. So pakaian pun kena la sopan sikit. Takkan nak pakai tshirt lengan pendek lagi macam dulu. Sekarang kena pakai with cardigan atau jacket. Tapi koleksi cardi dengan jacket sangat lah sikit. Macam tak best ulang hari hari yang sama. So terus rasa macam nak beli cargi and jacket banyak2. Alahai.Shoping lagi. Mana nak letak semua baju ni? Almari pun sampai dah tak muat. So,lepas fikir punya fikir,rasa macam nak buat pre-love sale pulak. Tapi takut nak buat sebab tak ada confident. Tak reti pun ye jugak. :(

Siapa tahu macam mana nak bagi semua baju yang ada ni senang dijual? Tak nak jual mahal mahal pun. Nak lelong murah je. Sebab rasa sayang kalau dibiarkan buruk dalam almari. Ada banyak yang tak pakai jugak. So, better jualkan aje kan? Agak agak kalau aku jual,ada ke orang nak beli? Tu yang jadi persoalan sekarang ni. Haish. Tak confident betul la. Rasanya kena mintak tolong orang la.  Nanti bagi komisyen sikit. :) Siapa nak tolong jualkan?Hee.

Lepas ni,bila almari dah kosong, baru boleh shoping balik. Nak shoping baju yang bersesuaian dengan imej sekarang. Walaupun dah bertudung, tapi still boleh berfesyen kan. Seriusly,suka tengok hijabista2 kat luar sana tu. Stylo habis. Berani gayakan baju. Suka sangat tengok diorang. Paling suka sorang blogger fashion ni. Shea Rasol.Suka tengok dia mix and match kan baju dia. :)

 

 


See. Cantik kan? Even bertudung tapi still bergaya dan menutup aurat. :) Tak semestinya kalau dah bertudung tu tak boleh berfesyen. Tu pendapat aku la. Mungkin bagi setengah orang tak perlu. Masing masing punya pendapat kan. Ok la. Tunggu cuti lagi. Nanti baru nak asingkan mana baju baju yang dah tak boleh pakai tu. Lepas tu fikirkan macam mana nak jual. Ok. Babai.

Ecei. Nak jugak letak gambar sendiri.






No comments:

Post a Comment