Saturday, August 27, 2011

Dulu Sweet 21, Sekarang?

Terima Kasih buat kawan kawan, teman dan juga kawan kawan facebook yang wish beday aku hari ni. Thanks sangat2.Tahun ni takde sambutan meriah2 macam dulu2 lagi. Tahun ni simple je. Tapi masih terkejut. Sebab beday tahun ni disambut sehari awal. Advance beday katanya. Terima kasih kawan2 yang celebrate beday aku semalam.;) Walaupun korang sibuk tengah nak berbuka puasa tapi sempat lagi buat surprise. Hadiah yang agak bermakna buat aku. 

Tulisan terpaksa disorok.;p

Walaupun sambutan tak sehebat dulu tapi masih ada yang tak lupakan aku. Dapat kek sebijik depan mata pun dah gembira sangat. Muahmuah untuk si pemberi kek. Terima kasih ye. Tahun depan bagi la blackberry playbook ke. Ahaks!

Selalu orang kaitkan beday dengan hadiah kan? Aku dah besar so takde la hadiah2 ni. Sekadar dapat ucapan dari kawan2,teman dan ahli keluarga dah cukup bermakna buat aku sebab masih ada yang ingat beday aku kan. Aku kan annoying sikit.So mana la ada ramai kawan.hee. Bila tak ramai kawan, hadiah pun takde.haha.

Ok la. Sempena umur aku duapuluhdua tahun ni aku nak cakap ,

* Aku bersyukur sebab aku masih hidup sampai hari ini.
* Aku bersyukur sebab masih mempunyai keluarga yang bahagia
* Aku bersyukur sebab masih ada kawan2 yang ingatkan diri ni.
* Aku mampu bernafas dengan baik dari saat aku dilahirkan.
* Aku mampu jadi anak yg berguna.
* Aku mampu belajar dan meneruskan pelajaran aku sampai degree.
* Aku belum pernah menyesal dengan apa yang terjadi.
* Aku belum pernah menyesal dengan hidup.
* Terima kasih sekali lagi sebab masih ingat aku yang kerdil ni.  
* Terima kasih sekali lagi atas ucapan "Selamat Hari Lahir" dan " Happy Birthday" dari kawan2 semua.;)

Akhir sekali, nak ucap Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri yang ke duapuluhduatahun.;) Tua dah rasanya.hihi. 

"The old believe everything, 
The middle aged suspect everything. 
The young know everything. 
All I know is that I appreciate all your birthday greetings" 

P.s: Siapa nak bagi blackberry?

 

1 comment:

  1. hey fyka, happy birthday btw :) sekarang pun masih sweet n comel jelita. dun worry so much. kita perempaun ni patut risau bila capai 30. heheheh, tp saya dah 23, so lagi 7 tahun je. tua nya. arghh..

    ReplyDelete