Malam ni malam terakhir berpuasa dan bersahur kat kuala lumpur rumah tercinta. Sebab malam ni dah nak gerak pulang ke kampung. Tahun ni giliran rumah abah dekat Johor. Tahun lepas giliran rumah umi dekat Kedah. Dah memang jadi kebiasaan keluarga kami untuk pulang raya berselang seli. Adil kan macam tu? Dari nak bergaduh2 nak balik mana baik buat keputusan balik kampung gilir2. Aku dengan adik dan abang pun tak boleh nak pilih sebab keputusan dah dibuat sebelum kami lahir lagi pun.
Bagus kan makbapak aku buat keputusan macam tu. So korang balik mana eh? Bila balik kampung? Ke semua dah ada kat kampung? Ke ada yang raya kat KL? Aku tak pernah raya kat KL kecuali raya haji. Raya Haji je kitorang raya kat KL.
Raya Aidilfitri mesti balik kampung tapi kalau balik johor tu bukan kampung pun. Bandar batu pahat tu memang bukan kampung pun. Kalau kedah tu ye la kampung. So bila raya dekat johor aku tak rasa macam raya kat kampung pun.Lagipun sedara mara pun tak ramai. So raya kat rumah jela. Setakat melawat sedara mara terdekat tu ada la. Tak meriah macam raya kat kedah.
Tapi tak la aku cakap tak seronok raya johor. Raya johor seronok jugak sebab aku ada sepupu2 yang sekepala.Ada la geng. Kalau kat kedah takde geng. Geng aku makcik2 je. Takpun orang2 tua.huhu.
Apa yang best kat johor tapi tak best kat kedah?
Kat Johor,
* Ada Geng Sepupu yang gila2.
* Boleh tengok semua rancangan raya.
* Tak payah nak bangun pagi2 sangat.
* Dapat duit raya dari makcik pakcik
* Tak payah masak banyak2.Tak penat.
Kat kedah,
* Takde Geng.Sorang2 je.
* Tak merasa la tengok rancangan raya.
* Kena bangun pagi2.
* Duit raya tak masyuk sangat
* Masak macam 1 kampung nak makan.Penat.
Apa yang best kat kedah tapi tak best kat johor?
Kat kedah,
* Meriah nya raya macam nak kenduri satu kampung.
* Ada suasana kampung.Pelita sana sini.
* Gotong royong buat kerja malam raya.
* Ada kuih2 lama seperti kuih loyang dan kuih kapit.
Kat Johor,
* Tak meriah macam dekat kampung.
* Takde suasana raya pun.
* Takde gotong royong pun.Semua sendiri2.
* Kuih bandar je banyak. Cornflakes madu dll.
Itu la serba sikit beza nya bila raya dekat kedah dengan johor tapi sebenarnya raya mana pun sama je. Sebab aku masih beraya dengan kedua orang tua aku. Aku bersyukur sebab aku masih ada keluarga untuk beraya bersama.;)
Dikesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua yang mengenali diri dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Berhati-hati dijalan raya dan ingat lah orang yang tersayang.;)
P.s: Doakan kami selamat sampai ke destinasi yang dituju.
No comments:
Post a Comment