Akhirnya dapat jugak update belog ni. Balik kampung konon2 busy sangat lah kan.Padahal tak la busy mana. Sikit sikit je. Sebab beraya kat johor memang tak beraya sangat pun. Setakat duduk dekat depan tv lepas tu tengok semua rancangan raya yang ada. Best kan? Kan?
Raya tahun ni umur aku pun dah meningkat jadi 22tahun. So duit raya tu takde la macam zaman kanak kanak ribena dulu. Setakat dapat dari makcik pakcik je.Tu pun aku ada 3 orang makcik je.So sorang bagi la RM20. 3 orang dapat la RM60. Ahaks. Makpak tak bagi dah sebab duit beli baju raya dah bagi. hihi. Aku pun takde la mengharap sebab sedar diri dah besar. Tak mampu nak tehegeh2 depan orang mintak duit raya dah.haha. Kang orang kata buang tebiat pulak duk meloncat2 mintak duit raya.Hee. Lepas campur tolak semua, ada la dapat RM73 duit raya tahun ni. Amacam? Banayak tak duit raya aku? Kalau nak dibandingkan dengan 7 8 tahun lepas. Memang berbeza sangat. Tapi syukur la.;) Orang bagi aku amek,orang tak bagi aku tak mintak pun.
Ada cerita disebalik duit raya. Aku pergi beraya rumah tok sedara aku. Masa nak balik tu bersalam2 la.Aku tengok adik2 sedara aku salam dapat duit raya. Aku tak la harap dapat sebab macam malu je nak dapat duit raya. Tiba2 lepas salam dia hulur duit raya kat aku. Senyum sipu2 je la masa tu. Aku ni gelojoh sikit bila dapt duit raya. Masuk kereta tengok la dapat berapa. Bukak2 sampul, kira punya kira ada RM3. Haha. Aku gelak je. Tak bagi pun takpe tok.Bukan belagak tapi macam malu je. Dah besar panjang pun dapat duit raya.Ngeee.;D
Ok la. Nak sambung kutip duit raya lah.haha..;) Bye!
dapat jadi budak2 balik pun best kan.
ReplyDeletehttp://www.kaio.my