Monday, April 23, 2012

Snacking dengan cara yang sihat.:)

Hari ni nak share sikit pasal cara makan harian. Ramai orang2 sekarang ni makan ikut sedap. Tambah2 yang suka snacking. Ramai orang takut terlebih makan nasi putih sbb orang ingat nasi putih tu menggemukkan. Ada yang kata "Kita tak makan banyak pun, nasi pun sikit je,tapi badan naik jugak" Ada jugak yang kata "Memang badan kita dah macam ni, makan sikit pun badan naik,makan banyak lagi la naik" Malah ada yang bersungguh-sungguh nak control makan sampai breakfast tak nak ambil, makan tengah hari pun nak skip.Malam lagi la tak nak makan apa2 hanya kerana takut gemuk! Tapi,orang tak sedar yang ada benda yang mereka lupa nak skip.Apa tu? 

SNACKING YANG TIDAK SIHAT!

Orang selalu cakap, nak turun berat tapi sering dengan cara yang salah. Dan selalunya, orang yang nak turun berat badan ni cepat sangat give up bila usaha yang dibuat tak menjadi. Macam mana nak menjadi,kalau dah tak ambil snacking yang betul. Snacking yang tak betul ni la yang akan buat kita akan lebih gemuk dan tidak sihat. Orang sekarang sangat menggemari makanan2 berminyak dan manis. Antara contoh yang paling senang,petang2 suka makan goreng pisang,kerepek,kuih muih manis, keropok, kacang,biskut dan sebagainya.

Kalau korang nak tahu,apa2 makanan yang berasaskan TEPUNG, LEMAK (MENTEGA) DAN GULA adalah makanan yang akan menyebabkan kegemukan. Bukan tak boleh makan langsung sebab badan kita perlukan gula jugak. Tapi dengan kuantiti yang sikit dan tidak berulang. Kalau makan tu sambil tengok tv,sembang2, layan movie,lepas tu hari2 ulang benda yang sama. Memang korang menjurus ke arah kegemukan. Ok,meh sy ambil contoh biskut. 

Contoh biskut orang amek ganti makan tengahari.

3 keping biscuit 28g menghasilkan 114kcal
Tengok betul2 ye.



Cuba perhati, kalau kita ambil 3 keping je, kita dah makan 114kcal. Tapi berapa keping biskut selalu kita makan? Paling kurang 6-7 keping kan. Berapa kcal? Lebih kurang 250kcal. Cuba perhati aktiviti yang perlu membakar 250kcal tadi. Korang kena buat gardening 1 jam untuk bakar 6 keping biscuit tadi atau pergi main golf atau kalau nak effective pergi jogging 50 minit tanpa henti. Rajin ke nak buat semua ni? Ada masa ke? Renung dan fikirkan sebelum makan. cuba tanya diri sendiri, boleh ke aku nak bakar kalori tu bila aku makan nanti. Pikir lagi,kalau kita ni jenis duduk ofis atau jenis yang tak begerak satu hari? Senang ke nak bakar semua kalori tu? Itu baru cerita makan biskut ye kawan2.  Belum cerita makan lain dengan minum air manis yang menjadi kegemamaran ramai.

Sebenarnya, ramai orang yang tak sedar bahawa snackinglah yg menggagalkan sesuatu program menurunkan berat badan. Nak tau snacking yang baik untuk menurunkan berat badan disamping menyihatkan?

Ikan bakar
Tempe
Almond roasted plain
Buahbuahan dan sayursayuran

Ambik snacking yang tinggi dengan protein macam tempe dan ikan. Sebab protein mampu  buat kita tahan lapar.Buah-buahan juga salah satu snacking yang bagus sebab buah kaya dengan vitamin yang mampu buat kita lebih sihat.:) Tapi jangan ambil betik dan pisang sebab betik dan pisang mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji pisang bersaiz sederhana mempunyai 105 kcal dan 14g gula.

Jangan ambik snacking pada bila2 masa sebab snacking yang baik adalah pada waktu yang baik. Korang boleh  ambik  in-between meals. Macam antara breakfast dan lunch. Antara lunch dengan dinner.  2 healthy snacking, 1 regular meal dan 2 shakes (breakfast and dinner bagi yang consume herbalife). So kat sini menunjukkan kita mampu makan 5 kali sehari. Mana ada program turun berat badan yang boleh makan 5 kali sehari kan?
 
Kalau orang tanya, "kalau saya nak turun berat, saya terpaksa tinggalkan burger atau nasi lemak saya hari-hari?" "tak boleh minum manis ke?" "malam tak boleh makan dah?" Jawapan nya adalah "YA!" sebab itulah faktor2 yang menyebabkan kita gemuk dan tidak sihat. Kalau anda serius nak turunkan berat sihat badan.Ambik lah makanan yang sihat dan tidak menggemukkan. Insyaallah pasti berjaya.:)
 
Dengan tambahan nutrisi Herbalife.Pasti akan mendapat result yang LUARBIASA!! Sebab dengan program turun berat badan Herbalife, korang akan dapat ilmu makanan sihat. Dulu semua pun kita makan ikut tekak.Nafsu makan menbuak2. Sehari tak makan nasi lemak, roti canai, goreng pisang, teh tarik, air manis memang tak sah. Tapi  sekarang selepas ikut program Herbalife, baru lah kita tahu yang badan kita sangat2 memerlukan nutrisi yang seimbang. Nutrisi yang seimbang mampu menjadikan badan kita sihat dan cergas.:)

P/s: Info diambil dari someone yang sangat menjaga kesihatan keluarganya.  Tapi diubah suai mengikut cara sendiri.:)

2 comments:

  1. kalau makan buahan hari2 ok tak ? tapi taknak maka benda lain... ok ke? saya buat macam tu skang sbb sy ada gastric.

    ReplyDelete
  2. boleh je makan buah hari2.tp kena makan lain jugak sbb badan kte perlukan nutrisi yang cukup untuk lebih sihat!:)

    ReplyDelete