Showing posts with label HBL. Show all posts
Showing posts with label HBL. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Snacking dengan cara yang sihat.:)

Hari ni nak share sikit pasal cara makan harian. Ramai orang2 sekarang ni makan ikut sedap. Tambah2 yang suka snacking. Ramai orang takut terlebih makan nasi putih sbb orang ingat nasi putih tu menggemukkan. Ada yang kata "Kita tak makan banyak pun, nasi pun sikit je,tapi badan naik jugak" Ada jugak yang kata "Memang badan kita dah macam ni, makan sikit pun badan naik,makan banyak lagi la naik" Malah ada yang bersungguh-sungguh nak control makan sampai breakfast tak nak ambil, makan tengah hari pun nak skip.Malam lagi la tak nak makan apa2 hanya kerana takut gemuk! Tapi,orang tak sedar yang ada benda yang mereka lupa nak skip.Apa tu? 

SNACKING YANG TIDAK SIHAT!

Orang selalu cakap, nak turun berat tapi sering dengan cara yang salah. Dan selalunya, orang yang nak turun berat badan ni cepat sangat give up bila usaha yang dibuat tak menjadi. Macam mana nak menjadi,kalau dah tak ambil snacking yang betul. Snacking yang tak betul ni la yang akan buat kita akan lebih gemuk dan tidak sihat. Orang sekarang sangat menggemari makanan2 berminyak dan manis. Antara contoh yang paling senang,petang2 suka makan goreng pisang,kerepek,kuih muih manis, keropok, kacang,biskut dan sebagainya.

Kalau korang nak tahu,apa2 makanan yang berasaskan TEPUNG, LEMAK (MENTEGA) DAN GULA adalah makanan yang akan menyebabkan kegemukan. Bukan tak boleh makan langsung sebab badan kita perlukan gula jugak. Tapi dengan kuantiti yang sikit dan tidak berulang. Kalau makan tu sambil tengok tv,sembang2, layan movie,lepas tu hari2 ulang benda yang sama. Memang korang menjurus ke arah kegemukan. Ok,meh sy ambil contoh biskut. 

Contoh biskut orang amek ganti makan tengahari.

3 keping biscuit 28g menghasilkan 114kcal
Tengok betul2 ye.



Cuba perhati, kalau kita ambil 3 keping je, kita dah makan 114kcal. Tapi berapa keping biskut selalu kita makan? Paling kurang 6-7 keping kan. Berapa kcal? Lebih kurang 250kcal. Cuba perhati aktiviti yang perlu membakar 250kcal tadi. Korang kena buat gardening 1 jam untuk bakar 6 keping biscuit tadi atau pergi main golf atau kalau nak effective pergi jogging 50 minit tanpa henti. Rajin ke nak buat semua ni? Ada masa ke? Renung dan fikirkan sebelum makan. cuba tanya diri sendiri, boleh ke aku nak bakar kalori tu bila aku makan nanti. Pikir lagi,kalau kita ni jenis duduk ofis atau jenis yang tak begerak satu hari? Senang ke nak bakar semua kalori tu? Itu baru cerita makan biskut ye kawan2.  Belum cerita makan lain dengan minum air manis yang menjadi kegemamaran ramai.

Sebenarnya, ramai orang yang tak sedar bahawa snackinglah yg menggagalkan sesuatu program menurunkan berat badan. Nak tau snacking yang baik untuk menurunkan berat badan disamping menyihatkan?

Ikan bakar
Tempe
Almond roasted plain
Buahbuahan dan sayursayuran

Ambik snacking yang tinggi dengan protein macam tempe dan ikan. Sebab protein mampu  buat kita tahan lapar.Buah-buahan juga salah satu snacking yang bagus sebab buah kaya dengan vitamin yang mampu buat kita lebih sihat.:) Tapi jangan ambil betik dan pisang sebab betik dan pisang mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji pisang bersaiz sederhana mempunyai 105 kcal dan 14g gula.

Jangan ambik snacking pada bila2 masa sebab snacking yang baik adalah pada waktu yang baik. Korang boleh  ambik  in-between meals. Macam antara breakfast dan lunch. Antara lunch dengan dinner.  2 healthy snacking, 1 regular meal dan 2 shakes (breakfast and dinner bagi yang consume herbalife). So kat sini menunjukkan kita mampu makan 5 kali sehari. Mana ada program turun berat badan yang boleh makan 5 kali sehari kan?
 
Kalau orang tanya, "kalau saya nak turun berat, saya terpaksa tinggalkan burger atau nasi lemak saya hari-hari?" "tak boleh minum manis ke?" "malam tak boleh makan dah?" Jawapan nya adalah "YA!" sebab itulah faktor2 yang menyebabkan kita gemuk dan tidak sihat. Kalau anda serius nak turunkan berat sihat badan.Ambik lah makanan yang sihat dan tidak menggemukkan. Insyaallah pasti berjaya.:)
 
Dengan tambahan nutrisi Herbalife.Pasti akan mendapat result yang LUARBIASA!! Sebab dengan program turun berat badan Herbalife, korang akan dapat ilmu makanan sihat. Dulu semua pun kita makan ikut tekak.Nafsu makan menbuak2. Sehari tak makan nasi lemak, roti canai, goreng pisang, teh tarik, air manis memang tak sah. Tapi  sekarang selepas ikut program Herbalife, baru lah kita tahu yang badan kita sangat2 memerlukan nutrisi yang seimbang. Nutrisi yang seimbang mampu menjadikan badan kita sihat dan cergas.:)

P/s: Info diambil dari someone yang sangat menjaga kesihatan keluarganya.  Tapi diubah suai mengikut cara sendiri.:)

Monday, April 9, 2012

Come Join Us.:)

Siapa org perghlih (perlis)? Mai join kami dekat Putra Palace Hotel. Org2 perlis mesti tau dekat mana kan? Jadi tunggu apa lagi.Jom sertai saya dan rakan2 disana.:) Kali ni Herbalife buat event dekat Kangar pulak.Jangan lepaskan peluang keemasan ni. Bukan org perlis pun boleh mai..:)

Bagi sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut tentang HERBALIFE, nak buat dapatkan peluang bisness yang mantap,nak tau pasal produk dan lain2. Mai..Mai..Mai..Boleh ajak kawan2,family,boyfrien, girlfriend dan sesiapa saja. Sertai kami di,

MEGA HOM (Herbalife Opportunity Meeting)

Tarikh: 9 April 2012
Tempat: Putra Palace Hotel, Kangar, Perlis
Masa: 8 malam - 10 malam

Kemasukan adalah PERCUMA! 

Peluang yang datang hanya sekali. Jadi jangan lepaskan peluang yang ada.:)

P.s: Inform saya dulu kalau berminat.:)

Friday, April 6, 2012

This is a true story :)

Dah lama tak update. Maklum lah.Student kan.Busy memanjang.Kalau ada masa,masa digunakan untuk tidur tidur dan  tidur. hehe. Ok.Kali ni nak cerita sikit pasal kisah benar yang terjadi kat diri sendiri.
 
Dulu,aku selalu takut dengan masalah berat badan. Selalu risau bila orang tegur kalau badan aku naik. Aku tak boleh terima kenyataan kalau org cakap aku dah berisi. Memang aku akan cepat menggelabah. Mula la tak nak makan. Nak diet bagai. Kalau badan naik sikit je,aku terus usaha untuk turunkan balik. Risau bila badan cecah 50kg. Risau la sebab aku pendek je org nye.hehe. Perut pun cepat buncit. Aku jugak mengalami masalah susah buang air. Kalau seminggu sekali dapat buang air pun dah kira syukur tau. Bila aku diet,memang berat turun tapi masalahnya,perut buncit tu tak nak hilang. Susah betul nak kempiskan. Perempuan memang tak suka kalau perut buncit. Rasa malu.Rendah diri.Sama macam aku. Aku pulak jenis yang kuat makan. Bila makan,susah nak kawal. Suka makan fast food jugak. So,bila badan naik,terpaksa kawal nafsu selera makan. Damn! Tak suka! Selain tu,aku juga cepat letih dan mengantuk. Nak2 lagi bila dalam kelas.

Tapi..Sekarang tak lagi. Semua tu dah berubah. Sekarang aku tak perlu risau lagi kalau badan naik. Tak perlu risau lagi untuk makan banyak. Boleh makan apa yang aku suka. Aku tak risau kan perut yang buncit. Semua tu buat aku rasa gembira.:) Nak tau macam mana aku atasi semua ni?
 
Sebelum tu meh nak cerita lagi sikit. Sebelum aku berjaya atasi semua tu. Aku disarankan 1 produk oleh kawan kelas aku.Masa tu aku memang tak percaya sangat tapi bila aku sendiri tengok hasil nya. Aku terus macam WAH!! So aku pun decide untuk mencuba nya. Dan aku jugak disuruh untuk buat body scan analysis. Dan baru aku tau yang percent body fat dalam badan aku agak tinggi walaupun badan aku tak la gemuk mana. Masa tu berat aku 48.6 kg. Walau pun aku rasa macam sihat sangat. Tapi sebenarnya badan aku totally out of service. Sebab badan aku kekurangan air dan lemak yang menyaluti badan aku sangat banyak! So, untuk kawan2 yang rasa diri tu dah cukup slim,kurus,sihat cuba try buat body scan analysis. Cuba check peratus lemak dalam badan korang tinggi ke rendah,tengok percent water dalam badan korang. Kadang2, sebagai manusia,bila tengok kat cermin, kita rasa diri kita dah kurus,dah sihat tapi sebenarnya dalaman kita ada banyak benda tak elok. Dan semua tu akan buat badan kita tidak sihat.
 
Nak tau produk apa yang boleh membantu aku dalam mengatasi masalah ini?Ini dia..
 
Herbalife :)
Dengan Herbalife,aku dah bole makan dan menikmati makanan dengan gembira. Mula tu aku cuma berniat untuk mencuba. Tapi bila aku dah cuba selama seminggu,aku rasa ada perubahan dalam diri. Aku rasa lebih bertenaga dan masalah mengantuk dapat diatasi.:) Dan yang paling gembira,masalah buang air aku jugak hilang. Aku lebih mudah buang air. Masa tu aku rasa sangat la berbaloi2 sebab walaupun harganya mahal. Tapi ia berjaya mengubah aku dari negatif ke positif. :) Dan kalau nak tahu,aku cuma mengambil tea mix dari herbalife. Hanya dengan 1 produk aku mampu ubah kesihatan aku dari kurang sihat kepada lebih sihat.And now berat aku dah turun 1.5kg. Ukur lilit pinggang dari 28.5 jadi 27 dalam masa 3 minggu. hihi.Dan insya allah. Aku akan ambil produk lain. Hasilnya akan aku ceritakan nanti.:)

Tea mix yang aku ambik.:)

 
Jadi kawan2.tunggu apa lagi. Ingin jadi seperti saya? Jangan malu jangan segan. Boleh tanya saya.
 
*I wish I can help more people to change their lives. But I can do nothing if they refuse to help themselves.

*I'm looking for anyone that are SERIOUS to LOSE/GAIN WEIGHT and IMPROVE HEALTH

*Ask your self, WHY you are still not lose your weight? ARE YOU SERIOUS in losing weight? We have the best tools, but ARE YOU READY?? Ask me if u are SERIOUS people.
 P.s: Tak selalunya kurus tu sihat dan tak selalunya gemuk tu tak sihat. :)