Tuesday, June 19, 2012

Persis Seorang Ibu

Busy.Busy.Busy. Apa kaitan busy dengan tajuk? Baca sampai habis baru paham. Busy.Busy lagi. Fine, itu lumrah hujung semester. Lagi dekat nak final,lagi busy. Kerja berlambak-lambak. Tak pernah nak siap. Ada je. Tak terkejar dek badan kecilku ini.(Kecil ke?) Kadang-kadang rasa nak mengeluh sepanjang hari tapi aku tau mengeluh tu tak baik dan mengeluh pun bukan dapat selesaikan semua kerja-kerja aku tu. So,baik siapkan je sampai habis lepas tu rileks. Tapi masalahnya masa untuk rileks dah semakin kurang. Masa lebih terisi dengan kerja-kerja yang tertangguh dari awal sem. Last minit punya kerja memang macam ni. Baru semua nak terkejar-kejar siapkan. Alhamdulillah banyak jugak dah siap. Sekarang kena ready untuk present thesis and study for final exam. Demn! Final lagi 9 hari. Macam tak bersedia je. Masa cepat betul berlalu. Sighh..

Badan ni memang penat. Rehat pun tak cukup tapi terpaksa berkorban sikit. Memang waktu tidur pun dah beralih sekarang ni. Kalau tak tidur pukul 3 - 4 pagi tu tak sah. Bangun pun kena awal. Kelas dah banyak yang habis tapi terpaksa bangun awal untuk buat kerja. Kenapa la aku busy sangat?
 
Sebab sekarang ni kat rumah sewa aku dah ade 4 ekor anak kucing. 3 ekor baby lagi. Sekor tu besar sikit dalam 3 bulan kot. Memang dugaan terbesar. Penat nya jaga kucing macam jaga anak pulak. Setiap kali kucing tu bangun,aku terpaksa mandikan dan susukan mereka. Susukan dengan botol ye.;) Sebab mak baby kucing tu dah hilang. So,aku dah ambik alih jadi mummy nye. Sayang nak buang so bela la. Tapi memang kena banyak bersabar. Sebab kucing2 tu semua bila bangun,meraung nak susu sampai habis aku kena cakar. Tapi mereka comel.:)

Bukan setakat nak kena bagi susu dan mandikan. Lepas tu kena make sure mereka tidur. Kalau tak,nanti habis satu rumah mereka nak ronda. Lepas tu gagah pulak aku mencari dekat setiap cerok. Memang penat penat penat. Kadang tu macam nak campak sebab terlalu letih. Tapi sayang punya pasal,terus peluk. Hee. Kesian kucing2 tu. Nak nak kalau dah buat muka sedih. Memang tak sampai hati.So layankan jela. Satu hari,mau 8 ke 9 kali gak la aku susukan. Sekarang ni,bangun je,terus cari kucing sebab takut u'uk dan kencing merata. Mereka dah pandai panjat kotak. Tu yang susah nak kawal. Bangun je terus panjat. Adoi. Kalau time tu aku tengah tidur,memang susah jugak la sebab nanti semua akan merayau rayau lepas tu kencing ikut dan je. Yang pandai cari pasir, senang sikit. 2 ekor je yang pandai. Sekor lagi tu tak pandai. Kencing u'uk merata2. Choi. Memang macam cleaner dah aku. Kerja cuci lantai je. Memang dugaan betul bela 3 ekor yang kecik tu. Nasib yang besar tu ok. Kalau tak,memang lembik aku dibuatnya.

1. Baby disusukan
2.Tidur berpelukan.Comel kan?
3. Mr Bieber
4. Peanut, Choco and Butter
5. Tumpang kasih Bieber


Ok. Habis cerita pasal kucing. Kalau tulis pasal kucing sampai esok tak habis.huhu. So kesimpulannya, aku memang letih sesangat ni. Taip ni pun sambil perhatikan kucing. :)

P.s: Orang kata bela kucing ni nanti murah rezeki. Betul ke?

5 comments:

  1. takpe.kita kesian kat kucing, esok akhirat dia ingat siapa yang tolong dan kasih kat dia. saya ada kucing sakit kanser,tak tahu nak buat apa dah kat dia.. :/

    ReplyDelete
  2. :) moga2 begitu la.Kesiannya kucing namee. Takpe,kte bela je selagi mampu.;)

    ReplyDelete
  3. fieka..kucing sy pun baru lahir..hehe..so cute tp xdelah sampai tolong susukan lol..yg kesiannye mak die kene rogol..

    ReplyDelete
  4. cutenya.........!!! yup insyaAllah murh rezeki lgpn kucing haiwan ksygn nabi ;)

    ReplyDelete