Alhamdulillah. Tamat sudah pengajian sem 5 selepas bertarung mati matian untuk final paper hari sabtu baru ni. Usaha,doa semua dah. sekarang ni tawakal je. Lepas ni kena redha pulak bila result keluar. Rasa lega sebab dah habis final exam tapi perasaan cuak nak dapat result pun ada gak. Seriously memang cuak sangat. Tapi kena la redha dengan keputusan. :)
Dah lama tak update sebab busy dengan final exam kan. Masa time final hari tu, aku banyak jugak dekatkan diri kat DIA. Bukan la kata bila tak final tu tak dekat tapi masa ni aku lebihkan lagi. Manusia kan. Biasa la. Selalu alpa dengan perkara2 yang lagha. Aku pun tak terkecuali. Banyak sangat dosa rasanya. Jadi diri ni rasa takut.
Lepas fikir punya fikir. Aku akhirnya bertekad nak buat perubahan ke atas diri aku. Perubahan apa? Aku kan free hair sekarang ni, jadi aku nak jadi dari seorang yang free hair kepada yang bertudung. Hee. Dulu memang aku pernah bertudung. Masa sekolah. Tapi lepas habis tu, biasa la manusia kan. Terlalu ikut dunia luar. Aku pun hanyut jugak.Haha.
Sebenarnya niat ni dah lama, tapi aku
yang selalu tangguhkan sebab aku takut jadi macam dulu. Pakai on off. Aku jadi takut jugak kalau-kalau aku pakai ni hanya sebab trend. Ye la kan,sekarang ni macam2 trend tudung. Dengan selendang nya,bawal nya,tudung express nya. Tapi aku dah niat yang aku bertudung kerana yang SATU.:) Sebab
aku dah janji kat diri aku,kalau aku pakai tudung,aku nak terus pakai.
Pernah jugak terniat nak pakai bila dah kahwin nanti. Tapi alhamdulillah Allah
bukak pintu hati aku sekarang.
Tiap kali aku solat,aku selalu mintak kat Allah supaya beri aku petunjuk.
"Ya Allah, berilah aku petunjuk dan hidayah mu serta kekuatan untuk aku berhijab serta terus berhijab sehingga ke hujung nyawaku.."
Dengan kuasa Allah, dua hari aku mimpi yang aku bertudung litup.Aku jadi takut. Jadi bila dah dapat hidayah tu,aku terfikir-fikir. Betul ke aku
dapat hidayah ni? Aku jadi takut sangat. Lama aku duduk terfikir. Sampai la aku
buat keputusan untuk bertanya dengan seorang kawan. Kawan yang aku kira
mampu menyelesaikan masalah aku ni. Lepas aku cerita kat kawan aku,aku
rasa macam pintu hati ni betul2 terbukak untuk berubah. Berubah ke arah
lebih baik dari diri aku yang sekarang. Mungkin bukan perubahan yang
mendadak tapi sedikit demi sedikit. Dan akhirnya tahun ni akan ada perubahan yang besar dalam hidup aku
sebab tahun ni officially pada bulan Ramadhan yang bakal datang
nanti,aku jadi hijabers
Sekarang aku dah dekat rumah.So aku akan mula cari balik semua tudung2 yang ada untuk bawak balik Arau. Dan aku kena mulakan sekarang. Hidayah Allah datang kadang2 tanpa kita sedari. Bila2 pun dia boleh datang kalau kita selalu mintak. Dan Alhamdulillah Allah perkenankan doa aku. Terima kasih dekat seorang teman yang selalu menasihati aku. Kata-kata dia selalu bermain kat fikiran aku.
"Allah tu sayang Fiqa sebab tu Allah sentuh hati fiqa.."
Semoga perubahan ni membawa 1001 kebaikan dalam diri. :)
syukur alhamdulillah. i am so happy for you. moga ia berkekalan dan kehidupan lebih baik lg. doakan saya juga ok fika.:) mudahan saya pun berhijrah. amin. lama awak tak update. hehe. sekarang dah habis final..boleh la update blog slalu ! :D
ReplyDeletekeep it up fiqa.. Allah always behind us, support us, bless us..
ReplyDelete@sidah: tq.:)
ReplyDelete@namee: Tenks namee.insya allah fiqa akan doakan kwn2 fiqa juga.walaupun kita hanya kenal dalam alam maya tp namee kawan fiqa juga..:) kalau ada masa boleh la fiqa update selalu.hehe..