Thursday, November 8, 2012

Thesis,Semalam I benci U.Tapi..

Semalam merupakan hari stress sedunia. Sebab aku sangat la stress. Banyak bebanan yang menimpa kepala aku yg kecik ni. Sampai tak tertanggung dah. jadi makanya, kepala aku jadi sakit ya amat. Pusing pusing,denyut denyut. Tak tau nak explain macam mana. Rasanya masa tu kalau hentak kepala kat dinding pun belum tentu rasa. Aku rasa jadi student degree ni betul betul ujian buat aku. Dulu masa dip, takde la macam ni sangat. Lagi nak habis sem,lagi aku jadi stress. 

Sebenarnya thesis project ni yang buat aku stress. Nasib la aku buat keputusan yang betul. Extend. Ye kawan kawan. Saya extend. Harap maklum. Extend sebab taknak sem ni banyak sangat subjek. So lepas buat keputusan,aku plan sem ni hanya amek 3 subjek sahaja termasuk thesis. Tak payah banyak banyak. Nanti kalut kalut nak cepat habis tapi pointer macam hampeh buat apa. So, biarlah lambat habis pun. Janji kepala otak lapang. Tapi tak berapa nak lapang la. 

Sem lepas ok lagi sebab proposal je. Cuma tulis intro, method dengan literature review. Sem ni sambung dengan next chapter + lab work. Bab masuk lab ni yang jadi rumit bila buat tak jadi. Kena cari method baru apa semua. Demmmm! I hate this part. Fioneee! Memang dah jadi rutin aku masuk lab tapi tah la.Untuk thesis ni,confident level jadi sangat sangat sangat SANGATTTT rendah. Tak tau pasal apa. Salah satu faktor adalah supervisor aku yang tak membantu. Maaflah terpaksa tulis kat sini. TERpaksa ok. Bukan nak burukkan supervisor aku tu. Dia memang la baik tapi kadang kadang dia tak membantu pun bila aku ada masalah. eh silap,bukan kadang kadang tapi tak pernah pun. :( Kesian kan? Ok.Kalau tak nak kesiankan pun takpe. Sobssss..

Makanya, aku pun buat keputusan pergi jumpa lecturer yang uruskan sudent projek ni. Aku cerita masalah aku. Siap termenangis depan dia. Choiiiii. Malu gila. Tapi takpela, perempuan berhati kecik macam aku ni memang cepat emo.Hihi. Lepas cerita tu, rasa lega, rasa hilang sikit bebanan. Dannnnnnn... Aku siap cakap yang aku nak tukar supervisor. Nak tukar tajuk. Gila punya keputusan. Memang tekad dah. Dia suruh aku balik tenangkan diri pastu jumpa balik next day. Dia akan bagi keputusan. Tapi bila balik dari jumpa dia. Aku bukan tenang pun tapi menangis.Menangis dan menangis lagi. Menangis sampai bengkak mata. Sampai sakit kepala. Makan panadol pun tak hilang. :( 

Hari ni,lecturer tu panggil aku. Berdebar nak tunggu jawapan dia. Lepas bincang punya bincang. Akhirnya ada la solution untuk masalah aku tu. Baru rasa lega. Rasa la happy sikit. Cuma kena work hard sikit. Sebab nak kena stop lab work before bulan December ni. Tak lama pun lagi. Ada 3 minggu je. Kerja banyak tapi berbaloi takpe. Aku tak kesah.Yang jadi stress bila kerja tah apa apa,lepas tu tak menjadi.Memang la stress,fed up. 

Mula mula, memang la aku tertanya, terfikir. Kenapa la aku? Kenapa bukan orang lain? Aku selalu diuji. Ye, ini ujian Allah buat aku. Aku sebagai hambanya, kena pasrah, redha dan berusaha cari jalan untuk mengharungi ujian yang Dia bagi. Tapi aku tau. Allah tidak akan membebani hambaNya melebihi kemampuannya. Sebab jika Allah menguji hambaNya, itu bukanlah kerana Allah tidak sayangkan hambaNya. Tapi Allah sedang menguji kita. Allah tau setakat mana kemampuan kita. Ujian tu tailor-made. Setiap orang ada saiz baju yang lain. Sama jugak dengan ujian Allah.  Allah dah khaskan ujian itu untuk seseorang tu. Mampu atau tidak tu semua terserah pada diri kita sendiri. Dan sekarang Allah nak uji aku. Tapi alhamdulillah. Aku mampu harungi nya. :)

Suka kata kata ni. Sangat inspired.:)

Dan.......

Akhir kata,merujuk pada tajuk di atas, thesis,semalam i benci u tapi hari ni i dah mula sayang u. hihi. Ceh. Ayat macam karangan BM pulak. Ok,tak kelakar. Bai!

2 comments: