Assalamualaikum.
Lama betul tak jenguk blog ni. Busy. Betul2 busy. Walau kadang tu ada masa,tp masa digunakan untuk benda2 lain. Last entry was on November and now dah end of February. Cepat betul masa berlalu. Setiap rancangan yg dibuat pun ada yang dah settle. Tahun lepas banyak buat rancangan untuk tahun ni. Tahun 2013. Hujung Januari hari tu, plan dengan geng bas sekolah pergi holiday dekat langkawi. Ogos ni pulak nak pergi Sabah. Rasa macam baru plan, tiba2 dah pergi pun Langkawi tu and now tunggu untuk ke sabah pulak. Weeee.. Tak sabar tapi masa cepat je berlalu. Tup tup dah bulan Ogos nanti.
Since aku baru update entri untuk tahun ni. So boleh tak nak ucap happy new year? Mihmihmih. Lambat benor nak ucap nya. Ucapan untuk blog ni je pun. Sebenarnya nak cerita pasal tahun 2013 ni. Aku perasan ramai yang dah mula rancang masa depan. Maksud aku kawan2 aku. Kawan sekolah, kawan U. Awal tahun haritu pun ada yang dah siap rancangan nya. Merancang untuk menuju ke alam kedua iaitu KAWEN! Heeee. Ramai yang dah dan nak tamat kan zaman bujang tahun ni. Congratulation my dear friends. Sorang dah tunang, sorang dah kawen, ada yang bakal tunang and kawen. Happy for them.
Walaupun korang semua dah dan bakal mendirikan masjid dan meninggalkan zaman bujang, hope sangat friendship kita tak putus. Macam macam perasaan ada bila tengok kawan2 baik aku sorang2 mula kan hidup dengan partner masing2. Rasa happy ada sedih pun ada. Happy sebab diorang happy. Sedih sebab mesti dah susah nak hang out macam zaman bujang trang tang tang.Tak boleh huha macam anak gadis dah. Alaaaahaiiii... Tapi takpela. Apa pun, semoga korang semua bahagia hingga akhir hayat dan sampai syurga dengan partner masing2 k. Amin.
Jom nak share sikit gambar kawan2 baik aku dihari bahgia mereka. Bawah ni gambar masa e-day Rara a.k.a Bambam iaitu geng bas sekolah. Macam tak percaya sebab tiba2 dia cakap nak tunang. Choi! Tapi untung ko ra. Dah ada yang merisik. Hihi. Lepas ni siapa punya turn la pulak kan. Winkwink. Tunggu dan lihat jela.
Yang bawah ni pulak geng Uni aku a.k.a kakak yang selalu sewel sama2 aku. Congrates kak. Dah jadi isteri orang pun. Macam tak percaya je tapi kena percaya sebab Fiqa kan sahabat dan adik akak sampai hujung nyawa kita.
Actually ada lagi kawan yang dah kawen cuma tak sempat nak pergi majlis diorang sebab sibuk. and aku rasa ada jugak blogger2 yang join the club. Salah sorang yang aku rajin terjah blog dia ialah NameeRoslan. Congrates dear. Apa pun, bagi sesiapa yang bakal mendirikan masjid tu, semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga hujung nyawa.
Ok la jumpa lagi next entri.Babai!
P.s: Jangan tanya aku bila sebab aku calon pun belum ada lagi. mihmihmih.
P.s lagi : Doakan aku join the club satu hari nanti. wink!
omei pengantin tuu..
ReplyDeleteanda bila lagi ? hihhi *ops tertanya pulak