Tuesday, February 26, 2013

Cuti

Start je cuti hari tu. Memang aku manfaat kan masa cuti ni betul2. Sebab bukan senang nak cuti. Dah la cuti pun sekejap je. Orang cuti dekat 2 bulan. Aku cuti sebulan je. Sobs! So better gunakan masa ni dengan baik. 

Rutin harian aku sama je. Bangun je dari tido,
1. Mandi, bersiap dan kemas bilik
2. Sarapan ataupun kadang2 tu brunch terus kalau lambat bangun. Heeee.
3. Tolong umi kat dapur
4. Lepak2 depan tv
5. Makan petang
6. Malam pun still lepak depan tv atau baca novel
7. Tidoooooo

Dan rutin tu berulang dah hampir 3 minggu. Cuma ada la hari yang diselit dengan:
1. Hang out dengan kawan2
2. Lepak minum  
3. Tengok wayang

Selain tu, cuti ni jugak aku ada cari duit poket sikit. Buat bisnes kecik kecilan. Aku suka masak dessert2 ni. Suka buat kek, suka buat pastry. Benda2 macam ni la. Kalau masak  harian tu aku kurang minat tapi tahu la buat nya tu. So aku mulakan bisnes kecik aku ni dengan jual almond crunchy, blueberry cheese tart dengan brownies. Jual dekat kawan2 je. Pastu suruh diorang bawak pergi office. Dapat la jugak duit sikit2 dari duduk tak buat apa.


Almond crunchy

blueberry cheese tart and brownies

And..and..and...

Aku jugak belajar buat gubahan hantaran. mihmihmih. Mak aku tu pandai sikit bab2 kreatif ni. So,saja la tolong2. Dapat belajar kan. Best jugak rupanya. Dan terhasil la 9 hantaran untuk kawan aku yang nak kawen tu.



Hantaran dia ni guna fresh flower. Guna bunga carnation color merah kuning. Alhamdulillah kakak sangat puas hati.:) Nampak tak bakul yg buah dengan brownies tu? Yang tu pun aku buat jugak. Hee. Bakul pastry.

TARAAAAAA.... ><,
Alhamdulillah settle semua. Cuma tinggal nak siapkan almond crunchy yang orang order. Nak siapkan sebelum balik Arau minggu depan. Arau? Hmm. Nak habis dah cuti. Lepas ni busy balik dengan aktiviti kat arau. Sobs.Sobs. Tak nak balik boleh tak?

Bai!


No comments:

Post a Comment