Showing posts with label Arau. Show all posts
Showing posts with label Arau. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

My C-Day. Not My E-day.

Assalamualaikum.
Dah dua bulan tak berusik blog ni. Aduh. Kenapa malas sangat ni. Ingat nak sambung cerita pasal sabah trip. Tapi tak sempat-sempat pulak nak update. Sampai dah nak pergi trip lain pulak pun tak berupdate. Huhu. Baru kerja part time tapi busy macam kerja apa je kan. Hihi. Nanti insya allah boleh sambung lagi cerita tu. Sekarang nak sambung pun tak boleh walaupun ada masa. Gambar takde. Kat rumah boleh la update sebab gambar semua dalam laptop. Kat office ni cuma boleh curi-curi update kosong macam ni je.Hihi. ^___^
 
Actually nak cerita sikit pasal my convocation day minggu lepas. Weeee. Now,I am officially graduated as a Bachelor (Hons) Applied Science (Chemistry).Blessed! :) Happy sangat-sangat. Dah lama tunggu saat ni. Akhirnya grad jugak aku selepas 2 tahun setengah bertungkus lumus menghabiskan degree aku. Bukan senang aku nak lalui 2 tahun setengah punya perjalanan sebagai student degree ni. Susah oii. Sampai pernah satu tahap tu aku rasa nak quit je. Tak sanggup nak teruskan dah. Tapi alhamdulillah berkat doa dan sokongan dari orang-orang tersayang, aku berjaya jugak sampai ke tahap ni. Semua gara-gara thesis yang buat aku down sangat masa sem 6 tu. Tapi..Tapi.. Berjaya jugak siapkan thesis tu. Weeeee. :D

Kali ni convo still dekat Uitm Arau. Tak merasa nak naik pentas kat Shah alam tu. Dua kali convo situ. Hehehe. Takpe lah. Kat mana pun. Sama je. Still dapat jugak scroll tu. Eh scroll ke nama benda tu? Erk. Apa-apalah. Tapi..tapi.. Gambar atas pentas tak dapat lagi. Tak sempat nak ambil masa kat sana. Sebab kena ambil gambar tu sehari lepas convo. Tapi mana sempat sebab lepas convo dah kena balik KL. So tunggu pihak uitm pos kan jela. Dah seminggu tapi tak dapat pun lagi. Sobs.

Convo kali ni happy cuma ada la sedih sikit. Sebab umi abah tak sempat sampai kat uitm sebelum majlis mula atas sebab-sebab tertentu. Sobsobss. Maka gambar dengan dorang takde la untuk convo ni. hurmm. Takpe lah. Bak kata umi. Gambar tak penting. Yang penting doa dan sokongan dari jauh. Tuptuptup..Meleleh airmata dengar.

Kali ni bergambar siap ada pre-convo punya gambar lagi. Cuma gambar tak banyak dapat lagi. Photographer busy. Maybe next week baru boleh dapat. Tak sabar tunggu hasilnya. Yang ada buat masa ni cuma gambar dari handphone. So quality tak berapa baik. But it's ok. Asal ada sudah ler. Jangan pelik kenapa gambar hanya beberapa orang jer. Semua sebab kawan-kawan batch kitorang dah grad sem lepas. Hihi. Ni semua muka special kes. Hahaha. 

Masing-masing nak berbunga.
Muka-muka perempuan excited dah grad.
Kawan dari diploma. Tapi yang tengah tu amek course lain.


Cukup la 3 gambar kan. Nanti ada masa kite letak gambar pre-convo. (ok.tipu.sebab janji nak update sabah trip pun tak buat lagi). Alaaa. Kan dah kata kalau ada masa. Hehe. Ok?

Bai!


Monday, December 27, 2010

Kembali Ke Dunia Nyata

Sekarang jam dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi.tapi saya masih belum boleh melelapkan mata.mungkin awal bagi kamu semua.tapi lewat bagi saya.haih.entah la.makin dekat masa untuk meninggalkan bumi kuala lumpur yang tercinta ni makin susah pulak mata ni nak tepejam.tinngalkan kuala lumpur? Bunyi macam nak pergi jauh kan? Hmm.jauh tu boleh tahan gak la. Jauh nun di utara.sekali lagi saya tercampak di arau. Ada kawan saya panggil arau tu Australia Araustralia. hehe.jauh la tu kan.

Haa..bila dah nak pergi jauh dari family ni.mula la rasa macam macam. Susah la macam ni. Masa tengah cuti panjang aritu tak nak pulak habiskan masa betul betul dengan family kan. Gatal sangat nak kerja. Konon nak cari duit poket sendiri la kan. Bila time macam ni mula la nak sedih sedih bagai. Ceiii..tak payah ngada ngada la. Semangat la sikit kan.bukan nak mati pergi tak balik balik dah. Hehe. Pergi untuk memperjuangkan masa depan sendiri. Cehh.ayat nak up up je kan.betul la.saya pergi untuk menimba ilmu didada.bukan merosak kan pengetahuan yang ada.ngeee..

Masa yang ada sangat la cepat berlalu kan.so saya ada xsampai seminggu untuk menjejakkan kaki semula ke arau. Hmm.rindu kat arau tu.tapi tah la.hati macam berat nak pergi.tp kadang kadang rasa teruja sangat. Tak taw la apa nak jadi dengan saya ni. Biol agak nya. Haha..

Lepas ni saya kena mulakan semula rutin harian sebagai seorang pelajar. Tapi kini bergelar pelajar ijazah. Cehh.bangga pulak kan. Tak baik.tak baik. Ha la..dulu pelajar diploma.sekarang ijazah la. Up 1 anak tangga. Weeee.. dulu masa diploma duduk kat kolej je.skema la katakan.semua rules pun kite follow je.nak jadi penghuni kolej yang bertauliah la konon konon kan.haha.memang tak la kali ni. Sebab tu saya decide nak duduk luar je.menyewa.even terpaksa belanja lebih sikit tp takpe lah.asalkan saya tak diganggu.saya nak buat hal saya je. Biar saya dengan dunia saya.jangan sapa sapa nak sibuk sibuk taw.i bagi lempeng lempang nanti.hikhik..

Bila duduk luar ni.banyak la cabaran nya.pening jugak bila pikir pikir kan.tapi takpe.saya kena tempuh jugak. first,duit.tak payah cakap la kan.memang banyak la duit habis bila duk luar ni. dugaan mesti banyak.so saya kena ada iman yang tinggi.hehe. lepas tu dugaan bergejimba (berjoli).haih ni susah jugak ni.kang duduk luar kaki ni asyik nak merayap je.tambah tambah ada kereta.adoi.dugaan.dugaan. kena tahan ni.

Lepas tu yang paling penting cabaran nak duduk serumah dengan housemate semua.haih.susah taw. bukan semua orang bole accept diri kite ni. nak nak kalau yang jenis susah nak terima benda benda yang bagi dia pelik.tah la.susah nak cakap macam mana.tapi tu la yang paling saya risau kan. takut la.nanti ada lak mulut mulut busuk ala ala manis yang suka nak cakap belakang2 kan.saya ni tak suka orang cakap belakang ni.tak puas hati senang je.cakap terus.kita slow talk eh.tak payah nak umpat umpat kat belakang. buat tambah dosa je.senang cerita terus settle kan. tak gitu kawan kawan?

Eh..panjang pulak saya pot pet hari ni.bukan apa.sekadar meluah rasa. ini belog saya.so saya suka nak tulis panjang2.so saya tulis la.tak de sapa marah kan? kalau marah ke tak suka ke,bagitau eh?? mcm saya cakap tadi.kite slow talk k. ok la.penat dah pot pet panjang2.nanti saya luahkan lagi apa apa yang nak diluah.saya tak pernah kisah pun ada orang nak baca ke tak ke belog ni.sebab bukan buat untuk orang.buat untuk diri sendiri.tak ada orang baca takpe.janji saya puas meluahkan rasa. Eh? tengok tu.tulis lagi.ahaha..udah la cik fyka oii.tido la.esok nak bangun awal.ok.ok.saya tutup entri kali ni dengan pantun 2 kerat ciptaan sendiri:
"Enak sungguh makan maggi, Esok saya tulis lagi.."

Sekian terima kasih;

Love;
Fyka

Thursday, December 16, 2010

Terima Kasih UiTM

Assalamualaikum...

Entri kali ni tentang saya dan UiTM.hehe. actually nak la kongsi dengan siapa-siapa yang baca blog yg tak berapa nak hebat saya ni pasal UiTM dah terima saya jadi student degree dia.sumpah saya sangat la happy.sampai senyum tak henti henti.yela kan.lama saya tunggu saat-saat ni.saya sampai jadi emosi bila tunggu result degree ni.biasalah perempuan kan.tambah-tambah lagi tengah 'cuti-cuti malaysia'..ngee..

Dulu masa nak apply degree ni.punya la pening saya pikir apa la saya nak ambil untuk sambung pengajian saya.tapi bila difikir-fikir. ditimbang-timbang. ditambah tolak bahagi darab semua. saya decide nak sambung je apa yang dah saya ambil masa diploma dulu. cepat sikit saya habis.lepas tu boleh la saya sambung pengajian lagi. angan-angan nak tinggi je kan..takpe.mak saya kata kita kena ada angan-angan.semua tu boleh jadi motivasi untuk diri sendiri.kan..kan..

Sekarang,keputusan dah diumumkan.dan saya pun dah dapat jawapan. Impian saya bakal jadi kenyataan. so saya nak ucap terima kasih banyak banyak pada UiTM sebab terima saya.hehe. macam la UiTM taw saya ucap terima kasih kan. orang yang paling gembira taw pasal berita semestinya org yg paling saya sayang.tak perlu kot saya cakap siapa orang nya. oklah saya nak sambung senyum dan berangan. angan-angan perlu ada kan. tapi jangan jadi angan mat jenin sudah la.hehe.. ok la.sampai sini dulu kisah untuk kali ini.:)

Terima kasih pembaca.:)

Lots of love,
Fyka.