Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

My C-Day. Not My E-day.

Assalamualaikum.
Dah dua bulan tak berusik blog ni. Aduh. Kenapa malas sangat ni. Ingat nak sambung cerita pasal sabah trip. Tapi tak sempat-sempat pulak nak update. Sampai dah nak pergi trip lain pulak pun tak berupdate. Huhu. Baru kerja part time tapi busy macam kerja apa je kan. Hihi. Nanti insya allah boleh sambung lagi cerita tu. Sekarang nak sambung pun tak boleh walaupun ada masa. Gambar takde. Kat rumah boleh la update sebab gambar semua dalam laptop. Kat office ni cuma boleh curi-curi update kosong macam ni je.Hihi. ^___^
 
Actually nak cerita sikit pasal my convocation day minggu lepas. Weeee. Now,I am officially graduated as a Bachelor (Hons) Applied Science (Chemistry).Blessed! :) Happy sangat-sangat. Dah lama tunggu saat ni. Akhirnya grad jugak aku selepas 2 tahun setengah bertungkus lumus menghabiskan degree aku. Bukan senang aku nak lalui 2 tahun setengah punya perjalanan sebagai student degree ni. Susah oii. Sampai pernah satu tahap tu aku rasa nak quit je. Tak sanggup nak teruskan dah. Tapi alhamdulillah berkat doa dan sokongan dari orang-orang tersayang, aku berjaya jugak sampai ke tahap ni. Semua gara-gara thesis yang buat aku down sangat masa sem 6 tu. Tapi..Tapi.. Berjaya jugak siapkan thesis tu. Weeeee. :D

Kali ni convo still dekat Uitm Arau. Tak merasa nak naik pentas kat Shah alam tu. Dua kali convo situ. Hehehe. Takpe lah. Kat mana pun. Sama je. Still dapat jugak scroll tu. Eh scroll ke nama benda tu? Erk. Apa-apalah. Tapi..tapi.. Gambar atas pentas tak dapat lagi. Tak sempat nak ambil masa kat sana. Sebab kena ambil gambar tu sehari lepas convo. Tapi mana sempat sebab lepas convo dah kena balik KL. So tunggu pihak uitm pos kan jela. Dah seminggu tapi tak dapat pun lagi. Sobs.

Convo kali ni happy cuma ada la sedih sikit. Sebab umi abah tak sempat sampai kat uitm sebelum majlis mula atas sebab-sebab tertentu. Sobsobss. Maka gambar dengan dorang takde la untuk convo ni. hurmm. Takpe lah. Bak kata umi. Gambar tak penting. Yang penting doa dan sokongan dari jauh. Tuptuptup..Meleleh airmata dengar.

Kali ni bergambar siap ada pre-convo punya gambar lagi. Cuma gambar tak banyak dapat lagi. Photographer busy. Maybe next week baru boleh dapat. Tak sabar tunggu hasilnya. Yang ada buat masa ni cuma gambar dari handphone. So quality tak berapa baik. But it's ok. Asal ada sudah ler. Jangan pelik kenapa gambar hanya beberapa orang jer. Semua sebab kawan-kawan batch kitorang dah grad sem lepas. Hihi. Ni semua muka special kes. Hahaha. 

Masing-masing nak berbunga.
Muka-muka perempuan excited dah grad.
Kawan dari diploma. Tapi yang tengah tu amek course lain.


Cukup la 3 gambar kan. Nanti ada masa kite letak gambar pre-convo. (ok.tipu.sebab janji nak update sabah trip pun tak buat lagi). Alaaa. Kan dah kata kalau ada masa. Hehe. Ok?

Bai!


Wednesday, February 22, 2012

Debaran Berakhir.

Alhamdulillah. Akhirnya keputusan peperiksaan bagi pelajar ijazah Uitm dah keluar.Actually dari jam 12 am lagi pihak  Uitm dah bertungkus lumus hantar email kat semua pelajar supaya semua dapat tidur lena. Tak la menggigil nak tunggu pagi ni kan.

Berkat dari menggila dan menggelabah tak tentu pasal selama hampir sebulan. Berkat solat, doa dan usaha. Serta berkat ibu bapa. Juga berkat dari kawan-kawan. Dan paling penting berkat dari DIA yang maha esa. Akhirnya aku berjaya lulus lagi semester ni.Walaupun lulus yang ok2 je. Tapi syukur lah. Takat tu je kemampuan aku. Jadi aku tadah tangan memohon doa dan sujud  syukur dengan keputusan yang aku peroleh.

Buat kawan-kawan semua,tahniah. Tahniah buat yang berjaya,yang dapat DL dan yang sipi-sipi. syukur lah dengan apa yang kita peroleh kan. Usaha dah,doa dah. Jadi apa pun keputusan terima dengan hati yang terbuka.;) Jangan putus asa.Usaha lagi sem depan kalau ada. Kalau dah sem akhir,selamat grad. :) Ok.babai.