Thursday, December 23, 2010

Mahukah anda?

Hye.Hye.Hye.

Entri kali ni saya gunakan 'aku' sebagai ganti diri k.baru nampak ganaz sikit.hehe.

Semakin hari semakin pantas dan rajin pulak aku nak update blog kan.
Semakin susah kehidupan semakin aku kejar.
Semakin aku lari semakin dia kemari.
Semakin cepat aku berusaha semakin susah untuk mendapatkan nya.
Semakin aku menaip semakin lembab otak aku berfikir.

Grrr.telalu banyak semakin untuk aku.penat la macam ni. kenapa dunia bagaikan tidak adil.? Dulu aku sering tertanya.kenapa orang cepat berubah? sekarang aku dah ada jawapan. aku sendiri berubah. ye.manusia memang mudah berubah.sama seperti aku.(ayat ulangan ye) ok.kalau manusia lain boleh berubah kenapa tidak aku. ye!aku sedang buat perubahan yang drastik pada diri aku. tak perlu aku kabarkan apa perubahan itu. aku cuma ingin jadi seperti yang lain.

Adakah perubahan itu salah? perlu kah ada perubahan untuk diri? perubahan apakah yang terbaik? kita perlu tanya diri sendiri.sama ada ingin berubah dari baik ke buruk atau buruk ke baik. sudah pasti aku memilih perubahan yang kedua. bukan bermakna dahulu aku teruk.tapi perubahan yang membawa kepada kebaikan untuk diri sendiri. mungkin aku terlalu obses mahu berubah.aku mahu jadi yang terbaik.bukan untuk diri sendiri,tapi untuk semua. untuk keluarga.untuk si dia.

Kalau perubahan ini tak diterima.aku akan terus berubah. kalau dulu aku malas.kini aku akan lebih rajin. kalau dulu aku degil kini aku mahu lebih mendengar kata.kalau dulu kuat berangan kini aku akan jadikan angan angan itu kenyataan.terlalu banyak ingin aku ubah. adakah aku mampu? anda bagaimana? adakah perubahan dalam diri anda? mahukah anda berubah?

Hmm.dah panjang aku merepek kot.takpe lah.nanti aku sambung lagi merepek dalam blog yg tah apa apa ni.

Love;
Fyka

No comments:

Post a Comment