Saturday, December 25, 2010

Utama kan apa yang penting

Selamat kembali.;) Apa yang PENTING? KERJASAMAAAA..hehe.takde kaitan pun.

Haaa..disebabkan hari pun semakin berlalu dengan pantasnya,maka segala urusan juga terpaksa dipercepatkan.bukan apa.takut kesuntukan masa.lepas tu semua pun tak jadi.maklum lah.saya kan kelam kabut orang nya. nanti ada yang tak siap mula lah tension sana sini. orang yang tengok lagi lah tension.kesian kan?hee..

Arini, 2 urusan dah disiap kan. Yang pertama, saya dah settle hal check mengecheck ni. maksudnya medical check up la. biasa la kan.budak baru nak masuk belajar. baru disini bererti,memulakan semester baru bagi memulakan pengajian diploma/degree untuk tahun pertama. ceh.ayat gila skema.tak paham? tak payah paham la.sebab saya pun macam tak paham.haha..

Berbalik kepada cerita asal. ok.arini bangun agak pagi ye.so pikir punya pikir.saya pun terus bangun mandi dan bersiap untuk pergi buat check up tu. lebih kurang pukul 11 kot saya keluar rumah.semangat gila nak pergi hospital kan. lepas ambil seseorang.saya terus pergi hospital.sampai je hospital terus teringat yang saya tertinggal borang check up yang uitm suruh print sendiri tu.haiyo! memang saya sumpah diri sendiri la.kenapa pandai kurang bijak sangat ni.adoi.adoi.nak kata makan semut.takde pulak kan.hmm. apa lagi.terus masuk kereta lepastu patah balik rumah. balik tu nasib tak kena marah.huhu.

Setengah jam lepas tu.saya sampai kat hospital balik.terus settle kan apa yang patut. first daftar dulu sebab belum pernah pegi hospital ni.lepas tu kena wat urine test,timbang berat,ukur tinggi,check mata,check telinga jantung,paru dan sebagainya oleh doctor dan last sekali x-ray.semua nya ok.nasib baik lagi.doctor dah sahkan saya ada tiada apa apa penyakit.yeay!! saya sihat sesihatnya. mula mula tu risau jugak kan.tp nasib la semua nya ok. senyum sampai telinga.ngee..;)

Ni la Surat yang tertinggal tu.~sigh!

Tinggi: 154cm , Berat 44Kg = Ideal Ke??
Yang lain2 tu saya tak paham.ngee..

See..semua pun NORMAL oke?:))

Bulatan merah menyatakan bahawa:
Beliau tidak menghidap apa apa penyakit dan disahkan sihat.:)

X-Ray Dada

Medical Check up telah dibuat disini pada 24 December.

Lepas settle hal check up.saya pergi settle hal sewa rumah pulak. orang rumah tu dah mintak deposit. sebenarnya risau jugak ni. bukan sikit total yang saya bank in kan. banyak kot .RM1000. hah.mau tak banyak kan.ada 5 orang semua nya. satu kepala dia nak RM200 dulu. memang risau la.ye la kan.mana la taw tetiba orang tu tipu.tak ke naya?? mana nak cekau duit bayar balik duit kawan2 saya tu kan.haih.harap harap semua nya berjalan lancar.harap harap orang tu tak tipu saya.aminnn..

So,dengan settle nye dua hal ni.saya rasa lega sikit.at least beban dan kurang sikit.tk nak kalut kalut nanti. lepas ni ada lagi benda nak buat.xpe.saya boleh buat slow2.ok dah.semua dah siap ditaip.saya nak siap siap pergi tido pulak.hehe.babai!

Love;
Fyka

No comments:

Post a Comment