Tuesday, December 21, 2010

Saya Nak Jugak Boleh?

Salam kepada Semua .:)

Dah lama sepi kan diri. Macam la lama sangat kan.baru 5 hari je pun.hehe.ok2.mari saya nak sembang-sembang sikit ngan korang korang k. Sebenarnya kan, saya ni dah kali ketiga buat blog.blog ni blog ketiga saya la maksudnya.

Masa buat blog pertama tu,sebabnya orang ada blog so kita pun nak ada jugak la kan.masa tu tahun 2008.kalau la blog tu ada lagi sampai sekarang maknanya dah 2 tahun umur dia.besar dah anak mama ye.hehe.mengarut disitu.;p oklah. blog tu saya tutup sebab ada masalah sikit.biasalah.sekarang kan zaman moden.ramai dah pandai nak jadi pengskodeng dan stalker terhebat. so untuk mengelakkan lebih banyak masalah,saya terus tutup.

Blog kedua pulak,saya tak nak cerita la. cerita lama usah dikenang.chewah! Makanya tercipta la blog ketiga ni. kali ni saya nak bersungguh sungguh buat blog. nak jadi hebat macam blogger blogger lain jugak. ramai dah saya tengok yang menjadi blogger yang hebat. saya ni memang suka jadi pembaca yang setia untuk para para sakura blogger yang rajin mengupdate kisah kisah mereka. kadang kadang tu jadi leka bila baca.saya boleh habiskan masa 2 3 jam untuk jadi pembaca blog mereka. rajin kan saya? kalau buku untuk belajar agak agak saya dah tidur 2 3 jam selepas sehelai.hahaha. gila rajin pemalas budak ni kan.

Ok ok sambung cerita kita tadi ye. kali ni tekad dah nak bagi blog ni kekal lama.biar betahan sehingga saya tak larat nak taip dah.jeles taw bila tengok blogger lain punya umur dah setahun 2.saya ni baby lagi. saya budak baru belajar.kalau salah tolong tunjuk kan eh. tapi saya bukan jeles dengki dengki tu. saya jeles baik baik punya.saya kan baik.hehe.riak disitu ye. tak baik.tak baik. saya dah ada azam tahun baru ni.nak jadi blogger hebat bagus juga.:) doa doa kan la ye. saya bukan nak jadi popular pun.cuma nak seronok seronok.nak tambah kenalan juga.

Sekian cerita saya untuk kali ini. nanti saya merepek lagi untuk post seterusnya. nanti saya link kan jugak blogger2 yang hebat yang saya suka mengintai intai tu yek.ok,babai!

Love;
Fyka.

No comments:

Post a Comment