Tuesday, January 25, 2011

Aku.Kau Dan Dia...Sahabat..?

Entri kali ni entri air mata buat aku.hmm.kenapa aku cakap macam tu?sebab nya aku taip entri ni selepas bertakung takung air mata yang aku curahkan dan mengalir di pipi aku yang tak berapa gebu aku ni.haih.nak cerita dari mana eh? Ok2.camni la. Aku ni jenis yang susah nak berkawan rapat dengan org. Aku ni tak banyak kawan pun.if ada pun,kawan camtu camtu je.tak boleh nak get along together.takde chemistry la bahasa senangnya. So bila minggu ke 3 aku dah duk kat arau ni,aku mula rasa sepi.mula rasa sunyi.pastu mula la aku rasa nak nangis je.nak buat apa pun rasa macam tak best.tak happy.kalau tengok luaran nya.mungkin orang Nampak aku happy.seronok je.tapi hakikatnya dalam hati ni tak ada siapa yang tahu.hati ni menangis sorang sorang je.nak luah rasa ni.tapi tak taw la nak luah kat siapa.so kat blog yang tah hape hape ni la aku luahkan. Actually tadi ada luah kat dua orang kawan ni.sorang tu kawan yang aku panggil teman rapat. Dan yang lagi sorang teman setia.hmm.nasib la dua dua ni sudi nak dengar luahan hati aku.sumpah aku nangis ngan sangat dasyat tadi.tapi tak la aku nangis kat depan semua orang.

Cerita nya mcm ni.tah kenapa tetiba hari ni emosi terlebih lebih emosional. Nak kata bulan mengambang tak kot.baru je lagi.mungkin sebab tekanan dari sekeliling kot yang buat aku rasa emo. Class sampai lewat petang hari ni.6.30.mmg menyirap je sebab nya lecturer math aku tu tak habis habis nak mengamuk dalam class.ah..lantak la dia.so dari situ emosi aku dah agak terganggu.ditambah pulak dengan assignment yang banyak dan test test yang bakal mendatang.hmm.tetiba pulak semua tu bercampur aduk.so emosi lagi la teganggu kan.

Bila balik rumah.aku makan rehat dan cuba tenangkan diri tapi tah la.rasa macam semua pun tak kena.bercelaru.so aku decide untuk keluar rumah. Pergi isi minyak kereta pastu aku lepak kat taman depan rumah aku ni. Nak tenangkan sikit fikiran aku yang kusut masai ni.sambil  tengok bintang bintang kat langit yang banyak tu.tenang sikit hati ni.tapi bila aku fikirkan masalah aku yang 1 tu.tiba tiba kan.hati aku jadi sayu je then ada air jernih yang mengalir kat pipi aku.masa tu aku sedar yang aku dah pun menangis.nasib la aku bukan sorang sorang.aku ditemani seorang sahabat yang setia. Dia sangat baik.dan sgt memahami aku.dia la yang nasihatkan aku supaya sabar. Hmm.bukan aku tak boleh sabar.tapi tah la.adat kot.manusia ni mana bole nak pendam lama lama sangat.nak nak aku ni perempuan yang sensitive.sangat sangat sensitive. So aku lepaskan semua rasa aku tu kat dia.

Aku cakap kenapa aku tak boleh nak ada kawan macam dulu dulu lagi.masa time aku pra,masa time diploma.kenapa aku tak boleh nak ada kawan yang boleh jadi geng aku lagi? Sumpah aku sedih.walaupun ada sorang kawan yang dulunya geng aku sama sama ambil degree dengan aku.tapi kami dah tak macam dulu.dah tak mesra dan kadang kadang aku rasa macam ada jurang anatara aku dengan dia.apa aku ada buat salah ke?entah la.aku sendiri tak pasti.sumpah yang aku rindu kan kawan kawan aku.aku rindu nak gelak gembira dengan dorang semua. Susah kan nak cari kawan yang betul betul boleh terima kita seada nya? Kawan yang boleh susah senang dengan kita? Kawan yang nak senang je ada la kot.nak susah sama sama payah la.tak semua boleh rasa kesusahan yang kita ada.hmm.tak pe lah.mungkin ni dugaan buat aku.dugaan yang aku perlu tempuh sepanjang tahun 2011.memang aku sentiasa inginkan yang terbaik.tapi kalau dah ini nasib aku.aku redha.aku perlu tabah.aku perlu kuat.bak kata teman setia aku.aku kan kuat.hmm.panjang dah aku celoteh hari ni.nampak sangat yang aku betul betul ingin luahkan semua nya. Pesanan aku buat seorang kawan: maafkan aku jika aku ada buat salah dan jangan lah ada jurang antara kita sebab aku masih sayang kau seperti dulu..

Love;
Fyka

5 comments:

  1. akie sedey ble bca entry fiqa.we're in a same situation :'( saba je ek.

    ReplyDelete
  2. hmm.tu la..kita same je kot.tp atleast akie ada ara ngn wanie.fiqa sorang2.;(

    ReplyDelete
  3. tp xde mmber2 dlu,sedey gak.tp xpe r.nmepun life.chill je. =)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. huhu adakah aku yg berslh????///huhu xsgke plak blh jd smpai mcm ni..aku pn rindu bgt sama kamu...xsgke kite berlainan uma buatkan kite xserapat dulu...aku msh org yg samelar cume keadaan jew yg buat kite mcm ni...hr 1st pg claz aku msuk claz lambt,aku sgkekan seprti mcm diploma dulu,bile aku tiba di claz mst kamu akan tnggalkan tmpat kosong ntok aku, tp sbaliknye dan hari2 berikutnye...kmpln pn da xsame,tp xpe aku phm sebb mgkin susah kalo kite kmpln sekali cz kite berlainan uma..aku pn rindu saat2 dulula,kwn skrg laen xsame mcm dulu,cume aku tersilap cz jimat pye pasl aku xdudk skali dgn kamu,pdhal pk2 blik same jew..if kamu bace ni,huhu sumpah aku sgt syg kwn2 yg dulu lg,sekali lg aku tegskan kwn skrg memg xsme mcm dulu..kamu xde slh pape cume huhu aku pn xphm knape blh jd mcm ni..mcm mane nk jd cam dulu eh??/ kwn2 ade idea x???

    ReplyDelete