Hollala.
Lama dah tak update. busy dgn dunia nyata sehingga lupa yang aku juga punya dunia di sebalik skrin yg aku ingin coret dan kongsikan bersama.mungkin masih belum ada pembaca selain seorang dua yang sudah tahu tentang kewujudan blog ni.rasa nya belum sampai masanya untuk aku sebarkan tentang blog ini.entah entah lepas aku sebarkan pun belum tentu ada pembacanya. ahh.lantak.blog ini untuk luahan kata saja.;)
Ok.mari bercerita sedikit tentang cuti sempena tahun baru cina. ha..buat pertama kali nya aku tak balik untuk cuti mid term. dulu masa diploma tiap kali cuti mesti nak balik.tak kisah la sekejap pun.hati ni mesti meronta ronta nak balik.sebab seronok bila dapat tidur di katil yang empuk kat bilik sendiri.seronok guling guling sampai tak sedar yang jam dah menunjukkan pukul 12 tengahari. gila kau?anak dara apa tidur mati macam tu?hehe.. tu memang tidur tak ingat dunia dah tu. sesekali bila cuti memang best pun bila dapat bangun lewat kan.
So bila cuti kali ni aku tak pulang ke rumah tersayang,rasa macam pelik sikit.semua orang pun pelik.hehe.biasa la kan.ada sebab nya kenapa aku tak balik. yang utama nya sebab aku nak rasa mcm mana rindu nya bila lama lama jauh dengan family.memang aku rancang lama dah yang aku tak nak balik cuti ni.bagus kan anak macam aku ni?konon konon tak nak susahkan mak bapak la kan.yela.kalau balik mesti pakai duit.kalau tak naik kereta pun,naik bas tetap pakai duit.tapi sebenarmya kalau aku tak balik ni pun aku tetap memerlukan duit.hehe. biasa la kan.itu namanya keperluan.bukan kehendak.hehe. lepas tu tujuan kedua utama sebab aku nak pergi berseronok seronok.ala ala cuti untuk menghilangkan tekanan gitu. seronok taw pergi bercuti. ;)
Percutian 2 hari 1 malam ke penang dah cukup buat aku ketawa gembira dengan kawan2 yang sangat la sporting dan TERBAIK! gila happening dorang sampai aku sentiasa ketawa gembira walaupun ada part2 yang buat aku mengalir air mata sikit. takpe.semua dah berlalu. percutian bajet kami berjalan dengan jayanya. credit to all my friend and someone special. love u all.;) tapi sumpah penat gila gila.walaupun bukan aku yang drive tapi penat tetap ada.tidur memang tak cukup.jalan jalan dan jalan.tu je kerja kami. tapi apa pun memang best!
Lepas balik dari percutian bajet tu,aku konon konon nak siapkan semua kerja yang tertangguh. hari ni dah hari jumaat. lebih kurang seminggu dah cuti tapi 1 kerja puno tak habis lagi.huhu. mood masih belum sampai. bila nak sampai tah la.tak pe la.nak amek mood rajin kejap lagi. oklah. apa pun,rasa nya masih belum terlambat nak ucap
Selamat Bercuti dan Happy Chinese New Year!
Owh ye.tak lupa pada ibu tercinta, UMI. SELAMAT HARI LAHIR Ke-46. Semoga DIA lebih memberkati kita sekeluarga dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Sayang dan Rindu Umi selalu.xoxoxoxo. BYE!
Love;
Fyka
No comments:
Post a Comment