Friday, August 12, 2011

Kenapa Berbelog?

Salam Ramadhan yang ke dua belas. (Tetibe bagi salam ramadhan pulak kan harini) 

Ada apa dengan blog? Blog ni tempat aku menulis. Tempat aku meluahkan segala isi hati.Ayat memang nak best je kan.Hiks. Mula mula aku aktif berblog, masa tu tahun 2008. Tapi macam aku pernah cerita dalam entri INI. aku terpaksa tutup blog aku atas alasan2 tertentu dan aku mula aktif balik hujung tahun 2010.Itu pun aku pikir dulu sebelum buat. Aku ambil kira dari segala macam aspek.Betul.Aku tak nak benda yang aku paling tak nak terjadi akan terjadi. Apa dia? Biar aku je yang tahu.Lepas aku habis pikir baru aku decide nak aktif berblog semula. Aku memang minat menulis. Konon nya dulu pernah bercita2 nak jadi penulis novel sebab aku sangat suka baca novel.Tapi aku belum la hebat sampai ke tahap tu. Semua tu impian yang tak jadi je. 

Hari pertama aku buat blog "melodihatifyka" ni, aku jadi kaku. Sebab aku macam dah tak pandai nak menyusan ayat. Aku rasa ayat aku macam kanak2 tadika. Macam orang yang tak pandai menulis. Betul.Aku akui sendiri benda ni.Bagi siapa yang baca blog ni dari awal tau la kot. Lepas tu, aku langsung tak show off blog aku ni. Aku sorang je yang tau.Even orang yang paling dekat dengam aku pun tak tau kewujudan blog ni.

Kenapa aku sorok? Sebab aku malu.Aku rasa tak payah la nak tunjuk kat orang pasal blog tah apa2 ni. Dan masa tu aku ambil keputusan nak simpan sorang2 je blog ni. Sebab tu aku tak de follower masa mula2. Lama sikit baru aku bagitau seseorang pasal blog ni. Dan aku tau dia cakap blog aku tak best. Tapi takpe. Sebab masa tu aku dah ada semangat yang tinggi dah nak kongsi blog aku dengan orang lain. Langkah pertama yang aku buat aku follow blog kawan2 universiti aku. Sebab aku terjumpa blog dorang dalam FB. Masa tu dalam hati aku cakap, "wah bagusnya dorang berani nak tunjuk blog dorang" Masa tu sumpah memang aku tak publish pun blog aku. Sebab aku masih anggap blog aku tak best.

Gamabr Hiasan.

Lama kelamaan aku makin jadi berani dengan join beberapa segmen yang dianjurkan oleh blogger seperti BenAshaari. Aku suka baca blog dia dan dia rajin buat segmen. Masa tu blog aku masih tak ada follower yang ramai.Aku tak kisah pun. Sebab aku tau. Hanya blog yang berkualiti je orang cari.Orang akan sanggup bukak blog tu hari2 semata2 nak baca entri2 yang berkualiti. 

Contoh mudah aku ambil ialah diri aku sendiri, aku sangat suka baca blog seorang blogger yang sangat sempoi cara penulisannya. Walaupun ringkas tapi membawa maksud. NameeRoslan. Blogger yang baru 6bulan aktif berblog tapi dah mencapai ribuan follower.Kenapa orang follow? Sebab dia pandai menarik pembaca dengan entri2 yang best. Sama jugak macam blogger yang aku pernah sebut dalam entri INI. Aku rajin baca entri mereka.

Lepas tu aku rajin pulak singgah blog2 lain dan tinggalkan link aku.Bukan niat nak suruh follow balik.Sebab aku tau ada je blog yang aku follow tapi blogger tu tak follow aku. Takpe. Sebab aku cuma ambil langkah setapak kehadapan untuk bagitau orang tentang kewududan blog ni. Macam aku cakap dalam memo kat atas tu.Aku tak paksa orang follow aku. Semua tu terletak kat pemilik blog tu sendiri sama ada nak follow atau tak. 

Dan sekarang aku syukur sangat2 sebab walaupun blog aku ni tak best tapi ada jugak pembaca.(ada ke?) Takpe lah.Aku tak kesah pun. Apa orang nak cakap,cakap la. Sebab yang penting hati aku ikhlas nak berblog. Bukan nak menunjuk2. Aku nak blog ni jadi blog yang berkualiti. Bukan berkuantiti. Kalau follower ramai pun tapi tak ada kualiti tak guna jugak. (bak kata kawan aku la) So aku sekarang tengah berusaha mencapai kualiti itu. huhu.Semangat gila ni. 

P.s: Kuantiti yg dtg mengikuti kualiti adalah bonus.;)


2 comments:

  1. fyka..terima kasih. mula2 berblog pun saya malu tp lame2...saya maikin minat untuk tulis. reason saya buka blog sebab saya sunyi dan saya juga seorang yang tak suka keluar rumah :) sebab tu sy prefer duduk rumah dan menulis :)

    btw, jangan malu okay! semangat! :)

    ReplyDelete
  2. thanks namee sbb sudi singgah blog yang tak seberapa ni.hee.ok.semangat!:)

    ReplyDelete